Berita

Persona 5 Diundi Sebagai Permainan RPG Terbaik Sepanjang Masa Oleh Pembaca Famitsu

Diolah oleh hang92

Keluaran terbaru mingguan Famitsu (sebuah majalah permainan terkenal di Jepun) telah membuat tinjauan kepada rakyat Jepun untuk mengundi permainan RPG kegemaran mereka pada sepanjang zaman.

Hasil daripada tinjauan ini telah mengumpul sebanyak 2,295 undi, 56% adalah daripada lelaki, 43% daripada perempuan. 9% di dalam lingkungan remaja bawah 18 tahun, 36% pada umur 20-an, 37% pada umur 30-an, 16% di dalam umur 40-an, dan 1% dalam lingkungan 50-an. Tinjauan ini dilakukan pada 22 Jun sehingga 28 Jun.

Dibawah anda boleh menyemak senarai penuh keputusan dan jumlah undian yang diterima oleh setiap permainan.

  1. Persona 5 – 256
  2. Dragon Quest III: The Seeds of Salvation – 218
  3. Chrono Trigger – 194
  4. NieR: Automata – 177
  5. Final Fantasy VII – 169
  6. Dragon Quest V: Hand of the Heavenly Bride – 165
  7. Suikoden II – 155
  8. NieR – 151
  9. Persona 3 -131
  10. Final Fantasy XV – 110
  11. Xenoblade Chronicles – 104
  12. Final Fantasy X – 100
  13. Xenogears – 91
  14. Persona 4: Golden – 90
  15. Dragon Quest IV: Chapters of the Chosen – 82
  16. Final Fantasy VI – 81
  17. EarthBound – 78
  18. Final Fantasy IX – 75
  19. Final Fantasy VIII – 74
  20. The Witcher 3: Wild Hunt – 72

Walaupun terdapat permainan yang agak baru dilancarkan berbanding permainan lama lain, namun keputusan ini agak seimbang dimana nostalgia oleh sesuatu permainan itu penting bagi membantu dalam mencapai keputusan ini. Ditambah lagi, undian ini dibuat dengan sama rata dimana terdapat juga undian daripada golongan belia yang sudah berumur turut menyertai tinjauan.

Hanya satu sahaja tajuk permainan barat yang berjaya memasuki keputusan tinjauan ini, iaitu permainan The Witcher 3: Wild Hunt. Walaupun mendapat tempat terakhir, hal ini agak membanggakan bagi tajuk permainan dari barat ini, bukan mudah untuk mendapat tempat di hati masyarakat Jepun.

Persona 5 pula telah memenangi keputusan tinjauan ini dengan baik sekali, kita tidak boleh nafikan permainan ini sememangnya yang terbaik dan keputusan ini sebenarnya tidaklah begitu mengejutkan. Siri Persona lain juga turut tersenarai di dalam keputusan ini, di mana Persona 3 telah mengalahkan Persona 4 pada tempat ke-9 dan di tempat ke-14.

Jika kami diberi peluang untuk menyertai tinjauan ini, kami juga turut akan mengundi untuk Persona 5. Kami nyatakan 5 sebab kenapa anda harus bermain dengan Persona 5. Anda boleh saksikan video tersebut di bawah.

sumber: dualshockers

Ada apa-apa maklumat yang kami terlepas? Kongsikan pendapat anda di Facebook Twitter ataupun Instagram kami.

LIKE dan SHARE Facebook Konsol.My jika anda menyukai info terkini tentang permainan video di Malaysia.