Berita

Persona 5 : Figura Ann Takamaki Telah Dihasilkan Dan Dia Nampak Cantik Sekali

Diolah oleh hang92

Pengeluar figura Jepun, Amakuni mengumumkan telah mengeluarkan figura terbaru dari permainan terbaru daripada Atlus iaitu Persona 5

Baca juga : 10 Sebab Kenapa Anda Perlu Bermain Persona 5

Figura itu akan dikeluarkan di Jepun antara Januari dan Februari 2018, dan pra-pesanan sudah boleh ditempah di laman web Hobby Japan

Figura Ann Takamaki yang diperbuat daripada plastik PVC ini bersaiz kira-kira 20 cm tinggi. Figura ini akan menelan kos sebanyak 13,800 yen atau kira-kira ~RM 546.07

Penciptaan figura ini telah diselia oleh pereka watak Persona 5 sendiri iaitu Shigenori Soejime, jadi setiap perincian telah menjalani pemeriksaan yang ketat.

Topeng figura Ann Takamaki ini juga boleh dipakai atau dibuang bergantung samada anda mahu melihat muka Ann atau sebaliknya.

Baca juga : Persona 5 : Markah Tertinggi Untuk Permainan PS4 Untuk Tahun 2017

sumber : dualshockers

Ada apa-apa maklumat yang kami terlepas? Kongsikan pendapat anda di Facebook , Twitter ataupun Instagram kami.

LIKE dan SHARE Facebook Konsol.My jika anda menyukai info terkini tentang permainan video di Malaysia.