Berita

Persona 5 : Markah Tertinggi Untuk Permainan PS4 Untuk Tahun 2017

Diolah oleh hang92

Tahukah anda permainan Persona 5 sudah keluar pada minggu ini pada PlayStation 4 dan PlayStation 3 (setelah diberitahu dalam bahagian komen FB konsol.my, terima kasih Fadzil Ashari)

Jika anda terlepas tentang berita terkini mengenai permainan ini, itu tidak mengapa, permainan ini mengeluarkan treler pelancaran yang cukup menarik dan ini seperti mengingatkan anda mengenai ketibaan permainan ini yang amat dinanti-nantikan.

Baca di sini jika anda ingin tahu tentang plot penceritaan permainan Persona 5

Permainan hebat dari Atlus ini menggunakan platform JPRG  (Japanese Role-Playing Game) dan kini menduduki carta tertinggi di Metascore dengan markah sebanyak 94!

Dengan markah tersebut, ianya menjadikan permainan eksklusif Sony ini diberi nilai tertinggi untuk tahun 2017 setakat ini.

Kami di konsol.my pula memberikan markah sebanyak 9.5/10 (taknak kalah) kepada permainan hebat ini kerana kami masih lagi sedang berusaha untuk menghabiskan permainan ini.

Adakah anda sudah membeli permainan Persona 5 pada minggu ini?

Cuba anda nikmati permainan ini sebaik mungkin dan kongsikan seberapa banyak pengalaman anda di bahagian komen.

sumber : metacritic

Ada apa-apa maklumat yang kami terlepas? Kongsikan pendapat anda di Facebook , Twitter ataupun Instagram kami.

LIKE dan SHARE Facebook Konsol.My jika anda menyukai info terkini tentang permainan video di Malaysia.