Berita

Persona 5 : Permainan Untuk Peminat Anime Jepun

Diolah oleh hang92

Untuk pengetahuan anda, Persona 4 telah dikeluarkan pada sembilan tahun yang lalu. Dan kini, penantian untuk Persona 5 telah pun berakhir.

Pertama kali diperkenalkan pada empat tahun lalu, pihak pengeluar Atlus pada mulanya berkata permainan ini akan dikeluarkan pada tahun 2014, tetapi banyak masalah yang menyebabkan kelewatan Persona 5 sehingga dilancarkan pada tahun ini.

Baca di sini untuk mengetahui tentang permainan Persona 5

Walaupun sudah hampir tujuh bulan selepas pelancaran Persona 5 di Jepun, barulah kita di sini boleh merasai kehebatan permainan ini.

Watak-watak yang terlibat dalam Persona 5 adalah remaja, namun itu adalah hanya satu elemen kecil daripada keseluruhan permainan yang hebat ini. Anda juga akan bertemu dengan pelbagai bentuk watak yang diasaskan daripada anime Jepun.

Kami tidak mahu memberikan apa-apa ulasan tentang permainan ini kerana kami tidak mahu merosakkan keinginan anda untuk membelinya.

Kami hanya dapat memberitahu anda bahawa permainan ini penuh dengan dialog lucu terutamanya dialog antara Morgana dan Skull.

Jadi, sudahkah anda bersedia untuk mendaftar sebagai pelajar di Shujin Academy?

Ada apa-apa maklumat yang kami terlepas? Kongsikan pendapat anda di Facebook , Twitter ataupun Instagram kami.

LIKE dan SHARE Facebook Konsol.My jika anda menyukai info terkini tentang permainan video di Malaysia.