Berita

Persona 5 The Animation: Siri Animasi Akan Ditayangkan Di Jepun Pada 2018

Carlos Afifi
Diolah oleh Carlos Afifi

A-1 Pictures mengumumkan bahawa siri animasi Persona 5 akan ditayangkan di Jepun pada tahun 2018.

Semasa acara khas Persona 5 yang diadakan di Arena Katayanagi di Tokyo, A-1 Pictures mengumumkan bahawa animasi Persona 5 adalah pembikinan untuk tahun 2018. Pengumuman rasmi juga datang dari akaun Persona PR di Jepun.

Persona-5-The-Animation

A-1 Pictures adalah studio di belakang animasi Persona termasuk animasi Persona 4: Golden serta semua filem animasi Persona 3.

Sebelum Persona 5 dikeluarkan tahun lalu A-1 Pictures mengeluarkan animasi prolog pendek untuk mengiringi pelepasan permainan Persona 5 di Jepun pada 2016.

Kesemua pelakon suara Persona 5 di Jepun bersedia untuk kembali ke pembikinan animasi ini. Ia tidak disahkan sama ada ia juga akan hadir dengan peralihan bahasa Inggeris pada masa akan datang.

Persona 5 adalah salah satu permainan terbaik yang keluar untuk tahun ini. Baru-baru ini ianya mendapat undian tertinggi untuk permainan RPG terbaik sepanjang zaman oleh pembaca Famitsu di Jepun.

Anda boleh melihat sembang konsol Persona 5 kami dibawah. Persona 5 kini boleh didapati di PS3 dan PS4.

Sumber: DualShockers

Anda juga mungkin berminat untuk membaca artikel lain yang berkaitan:

Persona 5 Diundi Sebagai Permainan RPG Terbaik Sepanjang Masa Oleh Pembaca Famitsu

Aplikasi Pesanan Teks Persona 5 Dengan App Persona 5 Messaging

Persona 5: Watak Ryuji Sakamoto Diubah Sedikit Demi Pelancaran Di Korea

Sembang Konsol: 5 Sebab Anda Perlu Bermain Permainan Video Persona 5

Jika anda ada sebarang pandangan jangan lupa untuk kongsikan di bahagian komen atau di Facebook Twitter ataupun Instagram kami.

Like Facebook Konsol.My untuk mendapatkan info terkini tentang permainan video tanah air.