Berita

Persona 5: Watak Ryuji Sakamoto Diubah Sedikit Demi Pelancaran Di Korea

Diolah oleh hang92

Apabila PlayStation Korea memuat naik video Persona 5, peminat permainan ini mula perasan sesuatu yang pelik: kasut Ryuji Sakamoto.

Peminat kecewa bahawa kasut Ryuji yang asalnya mempunyai logo Rising Sun Flag telah dibuang sama sekali.

Untuk pengetahuan anda, mengikut sejarah orang Korea terdahulu, mereka amat sensitif dengan bendera tersebut, hal ini kerana mereka pernah berperang dan ditakluk oleh negara Jepun semasa Peperangan Dunia Kedua.

Ini bukan kali pertama kasut Ryuji menimbulkan kontroversi di Korea Selatan. Tahun lepas, apabila permainan ini dikeluarkan di Jepun, kasut Ryuji menjadi subjek utama di internet Korea lalu dihangatkan oleh warga netizen di sana.

PlayStation Korea mengambil keputusan untuk mengubah kasut Ryuji dan tidak lagi menggunakan logo Sun Rising. Sebaliknya, mereka mengubah kepada warna putih, seperti yang anda lihat di bawah.

Persona 5 akan dikeluarkan di Korea Selatan pada 8 Jun ini. Hurmmm kita di Malaysia dah nak habis main dah pun.

sumber: kotaku

Ada apa-apa maklumat yang kami terlepas? Kongsikan pendapat anda di Facebook , Twitter ataupun Instagram kami.

LIKE dan SHARE Facebook Konsol.My jika anda menyukai info terkini tentang permainan video di Malaysia.