Berita

Pertandingan eSukan MotoGP 17 Telah Diumumkan Khas Untuk PS4

Diolah oleh hang92

Pertandingan akhir eSukan MotoGP 17 akan disiarkan secara langsung semasa kejohanan Grand Prix di Sepanyol kelak.

Acara akhir ini akan mengambil tempat di Sepanyol semasa Grand Prix Motul De La Comunitat Valenciana pada 12 November 2017

Milestone Games telah mengumumkan pertandingan eSukan sebagai kejohanan tambahan kepada beberapa ciri-ciri baru yang terdapat di permainan MotoGP 17 apabila ia dikeluarkan pada bulan hadapan kelak.

Untuk melayakkan diri ke dalam pertandingan eSukan tersebut anda hanya perlu untuk melengkapkan tiga langkah dibawah untuk menyertai pusingan kejohanan.

Langkah 1: Beli permainan MotoGP 17

Langkah 2: Daftar di laman web rasmi dan bersaing di dalam tiga perlumbaan. Anda perlu mengalahkan masa yang telah ditetapkan dalam kategori Red Bull Rookies Championship, Moto3 dan Moto2.

Langkah 3: Jika anda berjaya melepasi langkah 2, anda akan perlu untuk melengkapkan tujuh cabaran yang akan ditetapkan secara dalam talian. Finalis pada acara ini kemudian akan bergerak ke peringkat akhir, dimana akan disiarkan secara langsung pada perlumbaan Grand Prix di Sepanyol.

Malangnya, hadiah untuk peserta akhir dan pemenang tidak diumumkan lagi.

Anda perlu ingat bahawa kejohanan eSukan ini adalah dikhususkan untuk pemain PS4 sahaja apabila permainan ini dilancarkan pada 15 Jun 2017.

MotoGP 17 juga akan dilancarkan pada Xbox One dan PC, tetapi tanpa kejohanan khusus.

sumber : motogpvideogame

Ada apa-apa maklumat yang kami terlepas? Kongsikan pendapat anda di Facebook , Twitter ataupun Instagram kami.

LIKE dan SHARE Facebook Konsol.My jika anda menyukai info terkini tentang permainan video di Malaysia.