Berita

Pertengahan Tahun Pertama 2017 Pasaran Jepun Diterajui oleh Nintendo Switch, Monster Hunter dan Resident Evil 7

nintendo-3ds-japan
Carlos Afifi
Diolah oleh Carlos Afifi

Menurut data dari Famitsu, Nintendo Switch adalah sistem paling laris dalam enam bulan pertama tahun 2017 di Jepun, manakala Monster Hunter XX untuk Nintendo 3DS adalah permainan terlaris  dalam jangka masa yang sama.

NN3DS_Japanese_promo_002

Resident Evil 7 dan NieR: Automata untuk PlayStation 4 adalah satu-satunya permainan bukan Nintendo dalam 10 permainan teratas, dan berada dikedudukan ditangga ke-6 dan 7, masing-masing telah terjual lebih daripada 300,000 salinan.

Melihat pada perkakasan pula, PS4 berjaya mendahului Nintendo 3DS untuk berada di tempat ke-2 dengan hampir 878,000 unit terjual.

NierAutomataOP

Keseluruhannya, perkakasan dan perisian video di Jepun mencecah USD1.35 bilion (naik 14.8% tahun ke tahun): perkakasan naik 44% tahun ke tahun, sementara perisian turun 4.6% tahun ke tahun. Dengan kejayaan Nintendo Switch, ini menandakan kali pertama dalam tiga tahun bahawa pasaran konsol telah meningkat di Jepun.

Berikut adalah 10 permainan teratas paling laris dan lima sistem terlaris di Jepun pada pertengahan tahun pertama 2017 (26 Disember 2016 hingga 25 Jun 2017), menurut data dari Famitsu:

Permainan

  1. Monster Hunter XX (3DS) – 1,640,005
  2. Pokémon Sun/Moon (3DS) – 527,862
  3. Mario Kart 8 Deluxe (Switch) – 501,614
  4. The Legend of Zelda: Breath Of The Wild (Switch) – 464,480
  5. Super Mario Maker (3DS) – 397,656
  6. Resident Evil 7 biohazard (PS4) – 324,066
  7. NieR: Automata (PS4) – 311,906
  8. Momotaro Dentetsu 2017 Tachiagare Nippon!! (3DS) – 263,790
  9. Yo-kai Watch Sukiyaki (3DS) – 215,297
  10. 1-2 Switch (Switch) – 200,807

Sistem

  1. Nintendo Switch – 1,016,473
  2. PlayStation 4 – 877,630 (4,799,246)
  3. Nintendo 3DS – 872,620 (22,784,033)
  4. PlayStation Vita – 260,296 (5,507,715)
  5. Xbox One – 5,093 (78,041)

Sumber: playstationlifestyle

Ada apa-apa maklumat yang kami terlepas? Kongsikan pendapat anda di Facebook Twitter ataupun Instagram kami.

LIKE dan SHARE Facebook Konsol.My jika anda menyukai info terkini tentang permainan video di Malaysia.