Tips

PES 2017: Cara Mengambil Sepakan Penalti

Diolah oleh Konsol

Salah satu perkara yang agak sukar ketika memainkan permainan video bola sepak seperti Pro Evolution Soccer 2017 (PES 17) adalah menjaringkan gol pada sepakan penalti.

Bagi yang sudah pakar di dalam permainan Pro Evolution Soccer 2017 (PES 17) ini, tidak menjadi masalah kepada mereka untuk menjaringkan gol melalui sepakan penalti.

Walaubagaimanapun, kebanyakan pemain kasual kepada permainan bola sepak sering kali terlepas peluang untuk menjaringkan gol pada sepakan penalti kerana mereka kurang arif tentang teknik sepakan penalti didalam permainan Pro Evolution Soccer 2017 (PES 17) ini.

Jadi diharapkan dengan adanya artikel tutorial seperti ini, ia dapat memberi ilmu baru kepada pemain kasual dan bagi yang sudah pakar, mungkin mereka dapat mengulangkaji semula teknik sepakan penalti mereka.

Jom kita saksikan video tutorial sepakan penalti pada Pro Evolution Soccer 2017 (PES 17) dibawah. Selamat mencuba 🙂

Kredit kepada saudara Bryannainggolan untuk video tutorial menarik ini.

Jika anda ada sebarang pandangan jangan lupa untuk kongsikan di bahagian komen atau di Facebook Twitter ataupun Instagram kami.

Like Facebook Konsol.My untuk mendapatkan info terkini tentang permainan video tanah air.