Tips

PES 2017: Cara Menjaringkan Gol Dengan Sepakan Basikal

Diolah oleh Konsol

Jika tempoh hari kami telah kongsikan serba sedikit mengenai bagaimana anda boleh menjaringkan gol dengan sepakan Rabona didalam permainan Fifa 17.

Tidak adil kami rasakan jika kami juga tidak kongsikan sesuatu yang menarik mengenai permainan Pro Evolution Soccer 2017 (PES 17).

Oleh itu, pada artikel kali ini, kami ada sediakan sedikit maklumat tentang cara menjaringkan gol menggunakan sepakan basikal atau dalam bahasa omputih bicycle kick.

Apa Itu Sepakan Basikal (Bicycle Kick) ?

Sepakan atau tendangan basikal ialah sepakan yang terjadi apabila anda membuat suatu pergerakan akrobatik di udara. Ia boleh dilakukan dengan melompat ke udara dan membuat satu aksi balik kuang sambil melakukan sepakan terhadap bola.

Anda boleh rujuk gambar dan video di bawah untuk lebih memahami dan mengenal pasti apakah sepakan basikal (bicycle kick).

Sepakan Basikal (Bicycle Kick) Didalam Permainan Video

Selepas melihat gambar dan video diatas, pasti anda semua sudah mendapat sedikit informasi berkaitan sepakan basikal (bicycle kick) ini.

Sepakan basikal (bicycle kick) ini juga sebenarnya boleh dilakukan didalam permainan video bola sepak seperti permainan Pro Evolution Soccer 2017 (PES 17).

Anda boleh melakukan sepakan basikal (bicycle kick) ini pada Playstation dan Xbox dengan cara:

Playstation

1. Sentiasa tekan butang L1 dan gerakan kayu analog untuk memilih pemain yang ingin digunakan untuk sepakan basikal (bicycle kick) ini.

2. Gerakan pemain yang ingin membuat sepakan basikal (bicycle kick) ke sebarang kawasan yang diingini. Tetapi kami sarankan biarlah jarak pemain yang ingin melakukan sepakan basikal (bicycle kick) ini dengan pemain yang melakukan sepakan percuma berada diantara 15-20 meter.

3. Tekan butang bulat (klasik) atau butang petak (alternate) untuk melancarkan sepakan percuma.

4. Selepas sepakan percuma dilepaskan dan meluru kearah pemain yang anda pilih untuk melakukan sepakan basikal (bicycle kick), gerakkan kayu analog anda ke arah yang anda inginkan sepakan basikal (bicycle kick) ini tujui.

5. Tekan butang bulat (klasik) atau butang petak (alternate) untuk melancarkan sepakan basikal (bicycle kick).

Xbox

1. Sentiasa tekan butang LB dan gerakan kayu analog untuk memilih pemain yang ingin digunakan untuk sepakan basikal (bicycle kick) ini.

2. Gerakan pemain yang ingin membuat sepakan basikal (bicycle kick) ke sebarang kawasan yang diingini. Tetapi kami sarankan biarlah jarak pemain yang ingin melakukan sepakan basikal (bicycle kick) ini dengan pemain yang melakukan sepakan percuma berada diantara 15-20 meter.

3. Tekan butang B untuk melancarkan sepakan percuma.

4. Selepas sepakan percuma dilepaskan dan meluru kearah pemain yang anda pilih untuk melakukan sepakan basikal (bicycle kick), gerakkan kayu analog anda ke arah yang anda inginkan sepakan basikal (bicycle kick) ini tujui.

5. Tekan butang X untuk melancarkan sepakan basikal (bicycle kick).

Baca Juga: Bagaimana Membuat Rembatan Knuckle

Rumusan

Itu adalah serba sedikit caranya jika anda ingin menjaringkan gol dengan sepakan basikal (bicycle kick) didalam permainan video Pro Evolution Soccer 2017 (PES 17).

Jika penerangan diatas agak sukar untuk dihadam oleh anda, silalah saksikan video tutorial dibawah untuk lebih memahami cara melakukan sepakan basikal (bicycle kick) didalam permainan Pro Evolution Soccer 2017 (PES 17).

Nanti dah power bolehlah eksyen dengan kengkawan…

Jom kita sembang mengenai pendapat dan pandangan anda tentang sepakan basikal didalam PES 17 ini? Sila tuliskannya diruangan komen.

Pendapat dan pandangan anda amat kami hargai 🙂

Kredit kepada WorldOfPes untuk video tutorial sepakan basikal (bicycle kick) ini.

Like Facebook Konsol.My untuk mendapatkan info terkini tentang permainan video tanah air.