Berita

PES 2017 : Kini Boleh Dimainkan Di Telefon Bimbit Anda

Diolah oleh hang92

Seperti kita sedia maklum permainan baru daripada Konami iaitu PES 2017 tidak mempunyai lesen untuk menggunakan kelab nama rasmi, jersi dan stadium bola sepak terutamanya seperti Liga Perdana Inggeris.

Tetapi permainan ini menawarkan permainan yang mencabar, kawalan yang lebih baik dan banyak kelebihan lain.

PES 2017 memerlukan sekurang-kurang 1.1GB ruang untuk muat turun fail permainan dan ruangan sebanyak 245MB untuk suara pengulas. Pek suara pengulas merupakan antara pilihan dan anda boleh muat turun kemudian.

The game modes include Campaign of ten matches, Friendly matches and Events based on an ongoing tournament form real world football.

PES 2017 membolehkan pengguna untuk bermain bola sepak dengan mengawal setiap aspek permainan dari pemilihan pasukan hingga ke pergerakan pemain.

Mod permainan termasuk mod Campaign, Friendly dan Events berdasarkan liga-liga kejohanan dunia sebenar bola sepak.

The feature which gives it an edge over its rival is the Highlights mode.

Permainan ini juga mempunyai mod pemain offline iaitu membolehkan dua pengguna di dalam kawasan kecil yang sama untuk bermain menentang satu sama lain melalui sambungan Bluetooth.

Permainan ini memberi ganjaran kepada pemain dengan hadiah dalam bentuk mata wang permainan selepas setiap perlawanan.

Mata wang ini berguna untuk membeli pemain baru, melatih dan memperbaharui kontrak mereka. Anda boleh mempercepatkan sesuatu perkara dengan menggunakan wang sebenar (RM) dengan pembelian dalam aplikasi.

PES 2017 menawarkan permainan yang mencabar dan mod 2 pemain yang menjadikannya salah satu ciri-ciri terbaik untuk genre bola sepak di telefon bimbit.

PES 2017 kini boleh di muat turun di App Store dan Google Play sekarang!

Ada apa-apa maklumat yang kami terlepas? Kongsikan pendapat anda di Facebook , Twitter ataupun Instagram kami.

LIKE dan SHARE Facebook Konsol.My jika anda menyukai info terkini tentang permainan video di Malaysia.

Anda mungkin meminat artikel yang juga berkaitan dengan ini seperti:

PES 2018 : Akan Dilancarkan Pada 14 September Pada Semua Platform

Call Of Duty : Akan Hadir di Telefon Bimbit Pada Masa Akan Datang

Muat Turun Aplikasi Mass Effect : Andromeda Di Telefon Bimbit Anda