Pilihan Kami Ulasan

PES 2017: Saksikan La Liga All Star VS Premier League All Star, Siapa Yang Menang?

Diolah oleh Konsol

Sejak kebelakangan ini, semua peminat bola sepak pasti mengetahui bahawa kelab-kelab daripada Sepanyol telah pun mendominasi carta pasukan terbaik di dunia pada ketika ini.

Jika dahulu, kita semua boleh berbangga dan mendongak ke langit jika menjadi salah satu penyokong kepada pasukan-pasukan besar di Liga Perdana Inggeris seperti Manchester United, Liverpool Chelsea dan Arsenal.

Tetapi suasana ketika ini tampak suram dimana pasukan-pasukan di Liga Perdana Inggeris dilihat tidak mampu untuk menyaingi kehebatan pasukan-pasukan daripada La Liga Sepanyol.

Pada setiap tahun, pasukan Liga Perdana Inggeris dengan mudah “dirogol” oleh pasukan-pasukan dari liga serata Eropah umpamanya peristiwa berdarah pada Liga Juara-Juara Eropah musim lepas.

Masihkah anda mengingati peristiwa berdarah pasukan Arsenal diratah beramai-ramai oleh pasukan Bayern Munich di kejohanan Liga Juara-Juara Eropah pada musim lepas?

Walaupun begitu, penyokong kepada pasukan-pasukan Liga Perdana Inggeris tetap berdiri teguh dan terus menyokong pasukan kegemaran mereka. Ada di antara penyokong yang masih lagi percaya bahawa jika di dunia sebenar kita tidak boleh mengalahkan pasukan daripada La Liga, mengapa tidak pada permainan video.

Jadi terciptalah video dibawah ini yang ingin menunjukkan atau membandingkan dari kebanyakan pemain dari kedua-dua liga iaitu La Liga Sepanyol dan Liga Perdana Inggeris, siapakah yang lebih hebat?

Jika anda ingin mengetahui keputusannya, sila saksikan video dibawah ini. Selamat menonton.

Kredit kepada YUT Gamer untuk video menarik ini.

Jom kita sembang mengenai pendapat dan pandangan anda tentang video menarik ini? Sila tuliskannya diruangan komen.

Pendapat dan pandangan anda amat kami hargai 🙂

LIKE dan SHARE Facebook Konsol.My jika anda menyukai info terkini tentang permainan video di Malaysia