Berita

PES 2018 : Akan Dilancarkan Pada 14 September Pada Semua Platform

Diolah oleh hang92

Nampaknya PES 2018 tidak hanya mengkhususkan pada mana-mana platform, permainan ini akan dilancarkan pada PS4, Xbox One, PC, PS3 and Xbox 360 pada 14 September ini.

Permainan baru ini dijanjikan dengan grafik permainan yang diperbaharui, termasuk penggunaa teknologi RealTouch + yang membolehkan pemain mengawal bola dengan pelbagai gaya badan, grafik yang lebih baik dan UI yang baru.

Permainan ini juga boleh dimainkan secara atas talian dalam mod kerjasama (2 vs 2 dan 3 vs 3) dengan sokongan multiplayer dan banyak lagi .

Set pieces telah diolah semula, dan sistem penalti baru dan sepakan percuma telah diperkenalkan, termasuk keupayaan untuk memulakan perlawanan dengan sepak mula oleh satu pemain.

Mod Master League telah telah dinaiktaraf dengan kejohanan pra-musim, aktiviti perpindahan pemain ke kelab lain juga dinaiktaraf, dan ada adegan di dalam bilik persalinan dan temu bual.

Anda boleh menyaksikan video pertama treler di bawah.

sumber : officialpes

Ada apa-apa maklumat yang kami terlepas? Kongsikan pendapat anda di Facebook , Twitter ataupun Instagram kami.

LIKE dan SHARE Facebook Konsol.My jika anda menyukai info terkini tentang permainan video di Malaysia.