Berita

PES 2018 Akan Menampilkan Rakan Kongsi Eksklusif Dengan Fulham FC

Diolah oleh hang92

Konami baru sahaja memeterai perjanjian rakan kongsi eksklusif dengan kelab daripada London yang terkenal Fulham FC. Kelab ini akan muncul di dalam permainan Pro Evolution Soccer 2018 secara istimewa, dimana semua pemain telah diimbas muka dan badan dengan menggunakan teknologi imbasan supaya rupa mereka akan sama seperti di dunia yang nyata.

Selain itu, logo PES 2018 juga akan turut dipamerkan pada bahagian belakang jersi terbaharu home, away, ketiga dan kelengkapan penjaga gol.

Image result for PES 2018 fulham

PES 2018 juga akan menjadi penaja utama Pasukan Remaja Fulham FC. Ini menunjukkan bahawa Konami turut menyokong kelab itu dan sistem bolasepakk remaja kelab tersebut.

Akhir sekali, Konami juga turut ingin mengawal dengan pasukan media sosial Fulham FC supaya Konami dapat mencipta kempen pemasaran mereka, termasuk memasarkan jenama PES ke seluruh dunia.

Kesimpulan

Salah satu kelab bolasepak profesional London yang terkenal ini, Fulham FC telah terlepas untuk memasuki ke dalam Liga Perdana Inggeris pada musim lepas. Dan untuk musim terbaru ini, Fulham FC sedang giat untuk mencari dana untuk mencari bakat-bakat muda supaya mereka tidak terlepas sekali lagi untuk menyertai kemeriahan Liga Perdana Inggeris.

Maka dengan penajaan daripada Konami ini, harapan untuk Fulham FC kembali bersinar mungkin akan timbul semula, dengan pengurusan dana yang cekap, pemilihan pengurus yang baik, tidak mustahil kelab ini akan menjadi juara EPL suatu hari nanti.

PES 2018 akan dilancarkan pada Xbox One, Xbox 360, PS4, PS3 dan PC pada 14 September 2017.

Setakat ini Konami sudah memeterai perjanjian dengan FC Barcelona dan Fulham FC untuk PES 2018. Kelab manakah lagi yang anda inginkan untuk Konami bekerjasama lagi? Kongsikan pendapat anda di ruangan komen kami.

Ada apa-apa maklumat yang kami terlepas? Kongsikan pendapat anda di Facebook Twitter ataupun Instagram kami.

LIKE dan SHARE Facebook Konsol.My jika anda menyukai info terkini tentang permainan video di Malaysia.