Pilihan Kami Tips

PES 2018: Apa Perbezaan Yang Dibawa Antara Kedua Edisi Berbeza Ini?

Diolah oleh hang92

Permainan bolasepak popular ini akan tiba tidak lama lagi dan boleh dimainkan pada hampir semua platform seperti PlayStation 4, Xbox One, Xbox 360, PlayStation 3, Microsoft Windows.

Jika anda membuat pra tempahan terlebih dahulu iaitu sekarang, anda layak mendapatkan beberapa bonus seperti:

  • 2x Ejen Premium Partner untuk myClub
  • Ejen UCL untuk myClub
  • Usain Bolt untuk myClub

Image result for usain bolt pes 2018

Dan permainan ini juga akan dilancarkan dalam dua versi berbeza iaitu Barcelona Edition dan Standard Edition, namun tahukah anda tentang perbezaan yang dibawa oleh kedua edisi yang berlainan ini?

Barcelona Edition

Image result for pes 2018 Barcelona Edition

PES 2018 terus mengadakan perjanjian dengan kelab bolasepak terkenal Barcelona dan akan membawa kepada anda edisi istimewa ‘FC Barcelona Edition’.

FC Barcelona Edition akan memberikan anda pelbagai ganjaran myClub dan beberapa insentif.

PRO EVOLUTION SOCCER 2018 – FC Barcelona Edition (walaupun anda tidak membuat pra tempahan) akan mengandungi:

  • 2x Ejen Premium Partner untuk myClub
  • Ejen UCL Agent untuk myClub
  • Usain Bolt untuk myClub

Anda juga akan menerima bonus kandungan myClub seperti:

  • 4x Ejen Start Up
  • 1x Ejen Partner Club
  • 10,000 GP x 10 minggu
  • 1x Agent Istimewa FCB
  • 1x Agent Istimewa Lagenda FCB
  • 1,000 myClub coins

Standard Edition

Image result for pes 2018

PRO EVOLUTION SOCCER 2018 – Standard Edition akan mengandungi:

  • Tema PES 2018

PES 2018 ‘Standard Edition’ ini tidak mempunyai apa-apa kelebihan berbanding dengan Barcelona Edition. Anda hanya layak mendapatkan sedikit kelebihan jika anda membuat pra pesanan sekarang.

Antara kelebihan yang anda akan peroleh selepas membuat pra pesanan sekarang ialah:

  • 2x Ejen Premium Partner untuk myClub
  • Ejen UCL untuk myClub
  • Usain Bolt untuk myClub

Rumusan

Jadi dengan pengesahan ini, adakah anda akan dapatkan edisi Barcelona untuk memainkan permainan bolasepak Pro Evolution Soccer 2018 ini?

Atau adakah anda sudah berpuas hati dengan sekadar memainkan permainan Pro Evolution Soccer 2018 ini pada Standard Edition sahaja?

Kongsikan bersama ini 🙂

Anda mungkin berminat untuk membaca artikel berkaitan seperti ini di konsol.my

Kenali Komuniti Permainan Bolasepak PES Rasmi Malaysia, PES League Malaysia

PES2017: Lagenda Dunia Klasik Menentang Bintang Pilihan 2017, Agak Siapa Yang Menang?

PES 2017: Cara Mengambil Sepakan Penalti Di Peranti Mudah Alih Android Dan iOS

PES 2018 : Bagaimana Mahu Berlagak Seperti Anda Tahu Tentang Permainan Ini

Ada apa-apa maklumat yang kami terlepas? Kongsikan pendapat anda di Facebook Twitter ataupun Instagram kami.

LIKE dan SHARE Facebook Konsol.My jika anda menyukai info terkini tentang permainan video di Malaysia.