Ulasan

PES 2018 : Bagaimana Mahu Berlagak Seperti Anda Tahu Tentang Permainan Ini

Carlos Afifi
Diolah oleh Carlos Afifi

Anda teruja tentang permainan bolasepak yang akan datang ini? Tetapi anda tidak tahu apa-apa mengenai pembaharuan dan penambahbaikan terhadap versi terbaru ini?

Jangan risau, di sini kami akan kongsikan dengan anda serba sedikit tentang permainan akan datang ini.

Dengan sedemikian, bolehlah anda berlagak di hadapan kawan-kawan anda bercerita tentang permainan ini di kedai mamak. Selamat berjaya.

Permainan bola sepak popular terbitan Konami kini kembali sekali lagi dengan PES 2018. Menampilkan penambahbaikan terbesar siri PES untuk lebih satu dekad. Pemain boleh menjangkakan pelbagai ciri yang lebih baik untuk pasukan, stadium dan kit.

TARIKH BERADA DI PASARAN – BILAKAH IA AKAN BERADA DI PASARAN?

Permainan ini akan dilancarkan pada PS4, Xbox One, PC, PS3 and Xbox 360 pada 14 September ini.

CORAK PERMAINAN – APAKAH YANG DIPERBAHARUI?

Permainan baru ini dijanjikan dengan grafik permainan yang diperbaharui, termasuk penggunaa teknologi RealTouch + yang membolehkan pemain mengawal bola dengan pelbagai gaya badan, grafik yang lebih baik dan UI yang baru.

Permainan ini juga boleh dimainkan secara atas talian dalam mod Random Selection Match dan kerjasama (2 vs 2 dan 3 vs 3) dengan sokongan multiplayer dan banyak lagi .

Set pieces telah diolah semula, dan sistem penalti baru dan sepakan percuma telah diperkenalkan, termasuk keupayaan untuk memulakan perlawanan dengan sepak mula oleh satu pemain.

Master League juga telah melalui beberapa peningkatan yang amat diperlukan, dengan temu bual pra-perlawanan dan adegan sinematik di persalinan bilik juga sebahagian daripada pengenalan baru yang akan hadir ke PES 2018.

Stadium, padang permainan dan terowong pemain telah dibina semula menggunakan lebih daripada 20,000 data.

Jelas sekali, pemain akan kelihatan lebih realistik. Menurut Konami, ramai daripada mereka telah melalui proses motion-captured yang menggunakan sistem animasi terbaru. PES 2018 sekali lagi akan menggunakan Fox Engine, yang juga telah digunakan untuk permainan Metal Gear yang terbaru.

TRELER – BAGAIMANA IA KELIHATAN?

Kita hanya dipertontonkan dengan satu treler ini sahaja buat masa ini, pendedahan penuh akan dipertontonkan pada 13 Jun. FC Barcelona sekali lagi membuat kemunculan di dalam treler untuk tahun ini:

VERSI LIMITED EDITION – ADA APA-APA YANG UNIK?

Sementara menanti pelancaran rasmi, sudah ada senarai yang muncul di laman web Xbox yang menampilkan dua edisi unik untuk PES 2018 yang termasuk beberapa kandungan tambahan digital.

The Pro Evolution Soccer 2018 Pre-Order Bundle akan mengandungi 2x Premium Partner Agents untuk myClub, UCL Agent untuk myClub dan Exclusive Agent untuk myClub, dan juga kandungan bonus myClub.

Anda juga boleh memiliki Pro Evolution Soccer 2018 – FC Barcelona Edition. Ini termasuk dengan semua item seperti di atas bersama dengan 1 x FCB Special Agent, 1x FCB Legend Special Agent dan 1000 myClub coins.

Adakah anda cukup teruja dengan PES 2018 ini? Kongsikan pandangan anda di ruangan komen.

Sumber : trustedreviews

Anda mungkin berminat untuk membaca artikel berkaitan seperti ini di konsol.my

FIFA 17 : Taktikal Man Utd Musim 1999-2000 Yang Membawa Ke Treble

FIFA 17 Taktikal Retro : Total Football Oleh Pasukan Belanda

FIFA 17 : Taktikal Juego de Posición Ala Pep Guordiola

FIFA 17 : Taktikal Serangan Balas

FIFA 17 : Pilihan Formasi

Ada apa-apa maklumat yang kami terlepas? Kongsikan pendapat anda di Facebook , Twitter ataupun Instagram kami.

LIKE dan SHARE Facebook Konsol.My jika anda menyukai info terkini tentang permainan video di Malaysia.