Tips

PES 2018: Bagaimana Ingin Membuat Teknik Tendangan Rabona

Diolah oleh hang92

Teknik tendangan Rabona sangat terkenal dan popular kerana gayanya tendangan tersebut sangat mengiurkan dan bergaya di mata kita. Teknik ini terkenal kerana gaya menyepak bola menggunakan sebelah kaki dari arah belakang.

Teknik ini bagi kami sangat cantik apabila dilakukan saat menggelecek bola dan seterusnya mengelirukan pihak lawan. Tambah lagi apabila teknik ini dilakukan saat anda menendang bola terus masuk ke gawang dan menyebabkan pemain puas dengan hasil jaringan dan menambahkan lagi ketat muka pada pihak lawan.

Image result for pes 2018 rabona

Bagaimana Ingin Membuat Teknik Tendangan Rabona Di Dalam PES 2018

Teknik ini boleh dilakukan samada anda sedang menggunakan PS3, PS4, Xbox 360 atau Xbox One. Walaupun teknik ini jarang digunakan oleh anda, namun anda harus berlatih secara rutin untuk menguasai teknik tendangan cantik ini

Langkah untuk membuat teknik tendangan Rabona adalah seperti berikut.

Teknik Tendangan Rabona Melambung

  1. Semasa anda berlari dan menggelecek bola, tahan butang R2 dan tekan butang O dan tolak kayu analog mengikut arah yang ingin bola anda pergi.

Teknik Tendangan Rabona Mendatar

  1. Semasa anda berlari dan menggelecek bola, tahan butang R2 dan tekan butang X dan tolak kayu analog mengikut arah yang ingin bola anda pergi.

Teknik Rabona Temberang

  1. Teknik ini digunakan bagi menipu gerakan untuk pihak lawan, anda seolah mahu menendang bola tersebut ke arah pihak lawan tetapi akhirnya anda sebenarnya menahan bola tersebut.
  2. Semasa anda berlari dan menggelecek bola, tekan butang petak dan diikuti X.

Itu adalah serba sedikit teknik tendangan Rabona di dalam PES 2018, semoga maklumat ini dapat membantu anda untuk menggunakan teknik tendangan Rabona ini lalu mengagumkan pihak lawan anda.

Anda mungkin berminat untuk membaca artikel berkaitan seperti ini di konsol.my

PES 2018: Pemain-Pemain Terbaik Untuk Setiap Posisi Bolasepak

Bagaimana Ingin Mengambil Sepakan Percuma Untuk Permainan PES 2018

Kesilapan Penjaga Gol Membawa Padah Di Dalam FIFA Dan PES

Ada apa-apa maklumat yang kami terlepas? Kongsikan pendapat anda di Facebook Twitter ataupun Instagram kami.

LIKE dan SHARE Facebook Konsol.My jika anda menyukai info terkini tentang permainan video di Malaysia.