Berita

PES 2018 Beta Sudah Boleh Dimuat Turun Mulai Hari Ini Di PS Store!

Diolah oleh hang92

Hari yang ditunggu-tunggu oleh setiap peminat permainan Pro Evolution Soccer 2018 akhirnya tiba juga.

Pada hari ini pukul 4 petang tadi pihak Konami sudah melancarkan permainan Pro Evolution Soccer 2018 versi beta kepada umum.

Pro Evolution Soccer 2018 versi beta ini boleh dimuat turun dan dimainkan pada 20 Julai dari pukul 4 petang sehingga penghujung bulan ini. 

Pada versi beta yang boleh dimainkan pada Playstation 4 dan Xbox One, pemain bakal dibenarkan untuk mencuba beberapa fungsi di dalam permainan Pro Evolution Soccer 2018 seperti permainan pantas dan kerjasama 3 lawan 3 di antara pemain di atas talian.

Pro Evolution Soccer 2018 (Winning Eleven 2018) Online Beta sudah mula boleh dimuat turun di PS Store. Inilah masanya untuk anda menguji kehebatan anda dan menjemput akawan anda untuk bermain bersama.

Berlawan dengan semua pemain di seluruh dunia di dalam Quick Match Mode atau jemput sahaja kawan baik anda untuk menyertai pasukan anda di dalam Online Co-op mode.

Muat turun beta adalah percuma sehingga hujung bulan jadi jangan terlepas untuk menguji sejauh mana kehebatan PES 2018 ini.

Satu kelebihan bagi pemain pada konsol Playstation 4 ialah anda tidak memerlukan akses PlayStation Plus untuk mencuba versi beta Pro Evolution Soccer 2018 ini.

Bagi pemilik Xbox One pula, ia agak mengecewakan sedikit kerana anda masih memerlukan langganan Xbox Live Gold untuk mencuba versi beta ini.

Jom kita sembang mengenai pendapat dan pandangan anda tentang berita ini? Sila tuliskannya diruangan komen.

Pendapat dan pandangan anda amat kami hargai 🙂

Sumber: PlayStation Asia (FB)

LIKE dan SHARE Facebook Konsol.My jika anda menyukai info terkini tentang permainan video di Malaysia