Berita

PES 2018: Kemunculan Steven Gerrard, Micheal Owen, Robbie Fowler dan Ian Rush Di Dalam myClub

Diolah oleh hang92

Konami, syarikat pembangun bagi permainan PES 2018 telah memberi kejutan kepada peminat FIFA 18 dengan melesenkan dan memperkenalkan beberapa orang permain lagenda kelab Liverpool.

Terbaru, lagenda terkenal kelab Liverpool seperti Steven Gerrard, Ian Rush, Michael Owen dan Robbie Fowler akan membuat kemunculan di dalam mod permainan myClub.

Mereka ini yang dipilih merupakan lagenda bolasepak sebaris dengan nama pemain Liverpool lain seperti Steve McManaman, Kevin Keegan, dan John Barnes.

Berita ini juga turut dikeluarkan di dalam bentuk video treler yang menampilkan keempat-empat pemain ini yang menunjukkan gaya mereka bermain di dalam PES 2018. Anda boleh saksikan di bawah.

Pemain lagenda ini telah meninggalkan sejarah yang terulung di dalam kelab tersebut, dah semestinya sangat disanjungi oleh peminat di seluruh dunia – Konami memberitahu.

Sebelum ini kita dikejutkan dengan berita bahawa PES 2018 telah membuat perjanjian dengan bekas pemain tengah Manchester United dan Real Madrid iaitu David Beckham.

Perjanjian eksklusif ini, didakwa merupakan perjanjian jangka masa panjang, itu kata Konami, akan menyaksikan David Beckham muncul di dalam permainan PES untuk tempoh yang agak lama pada masa hadapan.

Semua kejutan ini bermula daripada PES 2018, dimana Beckham akan muncul di dalam mod myClub.

Ada apa-apa maklumat yang kami terlepas? Kongsikan pendapat anda di Facebook Twitter ataupun Instagram kami.

LIKE dan SHARE Facebook Konsol.My jika anda menyukai info terkini tentang permainan video di Malaysia