Berita

PES 2018: Konami Telah Mengeluarkan Statistik Utama Usain Bolt

Carlos Afifi
Diolah oleh Carlos Afifi

Konami hari ini mengeluarkan statistik utama pelari legenda, Usain Bolt untuk PES 2018, dengan nilai  99 untuk speed dan explosive power, dan penilaian keseluruhan 75 pada posisi sayap kiri pilihannya.

Secara teknikal menjadikannya pemain terpantas dalam sejarah PES – kembali ke PES 5 pada tahun 2005, pemain Inter Milan, Obafemi Martins, memiliki nilai 99 untuk speed dan acceleration (statistik yang kini telah dinamakan explosive power).

UsainBoltstats

Usain Bolt akan tersedia sebagai bonus versi pra-tempahan dan versi cakera hari pertama dalam mod MyClub permainan – setakat ini masih belum jelas sama ada beliau boleh didapati melalui cara lain.

Pro Evolution Soccer 2018 akan dilancarkan ke Xbox One, Xbox 360, PS4, PS3 dan PC pada 14 September ini.

Sumber: ign

Anda mungkin berminat untuk membaca artikel berkaitan seperti ini di konsol.my

Lima Perkara Yang Anda Perlu Tahu Tentang Demo PES 2018

PES 2018 Menunjukkan Cara Permainan Yang Lebih Perlahan Dan Realistik Berbanding PES 2017

PES 2018: Konami Telah Menjemput Marco Reus, Muka Hadapan FIFA 17 Untuk Memberi Demo Permainan

Spesifikasi PES 2018 Untuk PC Telah Didedahkan Oleh Konami

Ada apa-apa maklumat yang kami terlepas? Kongsikan pendapat anda di Facebook Twitter ataupun Instagram kami.

LIKE dan SHARE Facebook Konsol.My jika anda menyukai info terkini tentang permainan video di Malaysia.