Berita

PES 2018: Konami Telah Menjemput Marco Reus, Muka Hadapan FIFA 17 Untuk Memberi Demo Permainan

Diolah oleh hang92

Penerbit permainan PES 2018, Konami begitu berani sekali untuk membuat kejutan yang tidak dijangka pada acara Gamescom tahun ini

Pihak penerbit yang berasal daripada Jepun ini telah membuat kejutan yang agak luar biasa pada konvesyen Gamescom yang diadakan di Cologne, Jerman ini. Niat mereka untuk memastikan semua mata yang ada di situ menumpukan perhatian terhadap permainan PES 2018 nampaknya telah berjaya.

Jadi, rancangan mereka untuk memanggil bintang utama / muka hadapan permainan bolasepak popular pada tahun lepas iaitu FIFA 17 iaitu Marco Reus sebagai bintang jemputan dan menerangkan sedikit tentang permainan PES 2018 telah berjaya. Paling menarik, tapak Konami hanya beberapa meter sahaja jarak dengan tapak EA.

Bintang bolasepak Dortmund ini tidak keseorangan, rakan sepasukan Pierre Emerick Aubameyang turut menyertai sesi pengenalan permainan PES 2018 tersebut kepada umum.

Marco Reus und Pierre-Emerick Aubameyang auf der Gamescom in Köln.

Kedua pemain terkenal ini kemudian bermain dengan masa penuh permainan bolasepak PES 2018 ini.

Kejutan ini berlaku sebaik sahaja Konami mengumumkan bahawa demo PES 2018 akan dikeluarkan pada 30 Ogos ini.

Untuk pengetahuan anda, demo PES 2018 ini akan dipenuhi pelbagai ciri-ciri tetapi malangnya demo ini tidak termasuk dengan permainan atas talian.

FIFA 17 cover star Reus and his teammate Aubameyang play PES in full view of EA

Konami telah melakukan yang terbaik untuk permainan PES pada tahun ini. Hal ini semuanya kerana mereka perlu menggandakan usaha untuk membaiki angka jualan dimana pada tahun lepas mereka telah menjual 40 kali ganda kurang daripada permainan FIFA 17.

Cara permainan juga telah dibaiki untuk menunjukkan betapa realistiknya permainan ini dari segi kelajuan pemain, cara menggelecek bola, mengawal bola dan lain-lain lagi.

Sebuah video treler baru juga turut dikeluarkan oleh Konami sempena acara Gamescom 2017 yang diadakan di Cologne, Jerman ini. Anda boleh saksikan video tersebut di bawah.

PES 2018 akan dilancarkan pada 14 September ini, manakala FIFA 18 pula akan menyusul dua minggu kemudian.

Ada apa-apa maklumat yang kami terlepas? Kongsikan pendapat anda di Facebook Twitter ataupun Instagram kami.

LIKE dan SHARE Facebook Konsol.My jika anda menyukai info terkini tentang permainan video di Malaysia.