Berita

PES 2018: Luis Suárez Diumum Sebagai Bintang Muka Hadapan Bagi Versi Eropah

Diolah oleh Konsol

Kita semua kenal dengan Luis Suárez, seorang bintang pasukan bola sepak Barcelona yang hebat dihadapan gol dengan jaringan dan gigitannya 🙂

Semalam Luis Suárez telah pun diumumkan sebagai bintang yang akan menghiasi muka hadapan bagi permainan Pro Evolution Soccer 2018 (PES 2018) versi eropah.

Berita ini walaubagaimanapun tidak mengejutkan kerana sebelum ini pihak Konami telah pun memeterai perjanjian dengan kebanyakan bintang dari kelab bola sepak Barcelona.

Antara bintang yang digunakan sebagai muka hadapan sebelum ini adalah seperti  Lionel Messi dan Neymar Jr. Jadi sudah tiba pula giliran bintang gigitan dari Uruguay ini untuk menghiasi muka hadapan bagi permainan video Pro Evolution Soccer 2018 (PES 2018) versi Eropah.

Luis Suárez juga nampaknya amat teruja dengan pengumuman ini dengan berkata:

“Saya adalah antara perminat nombor satu bagi permainan PES. Apabila pihak Konami bersetuju dan mengumumkan saya sebagai bintang muka hadapan bagi permainan PES ini, ia adalah satu penghormatan terbesar di dalam hidup saya.”

Beliau juga menambah:

“Setiap tahun saya akan mengekori perkembangan permainan ini dan juga memainkannya. Bagi saya pihak Konami telah membangunkan suatu permainan yang amat menakjubkan pada PES 2018. Apabila saya melihatnya, saya amat terkejut kerana muka saya di dalam permainan ini hampir sama seperti muka saya yang sebenar”

Disamping pengumuman muka hadapan ini, pihak Konami juga telah mengumumkan edisi lagenda bagi Pro Evolution Soccer 2018 (PES 2018) untuk Playstation 4 dan juga Xbox One.

Antara hadiah yang disertakan pada edisi lagenda dengan setiap pembelian adalah seperti bekas permainan video PES 2018 (CD-ROM) yang diperbuat daripada besi, watak lagenda PES, 1000 mata myClub dan semestinya watak manusia terpantas di dunia iaitu Usain Bolt.

Banyak juga perkara menarik yang diumumkan oleh pihak Konami ini. Rasa-rasanya kami di konsol.my pun ingin memiliki Pro Evolution Soccer 2018 (PES 2018) versi eropah ini.

Anda pula bagaimana? Kongsikan pandangan anda bersama kami 🙂

Sumber: PushStart

Ada apa-apa maklumat yang kami terlepas? Kongsikan pendapat anda di Facebook Twitter ataupun Instagram kami.

LIKE dan SHARE Facebook Konsol.My jika anda menyukai info terkini tentang permainan video di Malaysia.