Berita Pilihan Kami

PES 2018 Menunjukkan Cara Permainan Yang Lebih Perlahan Dan Realistik Berbanding PES 2017

Diolah oleh Konsol

Ada diantara peminat permainan video bola sepak mengatakan bahawa sebelum ini permainan video Pro Evolution Soccer (PES) tidak begitu realistik kerana cara permainan yang terlalu laju jika dibandingkan dengan permainan bola sepak di dunia sebenar.

Oleh kerana itu, pihak Konami dilihat amat serius untuk memperbaiki kualiti permainan PES pada edisi 2018 ini supaya ia lebih enak dimainkan dan mempunyai tahap realistik yang lebih tinggi.

Pada video cara permainan dibawah, ia telah menunjukkan bahawa permainan PES 2018 mempunyai tempo permainan yang lebih perlahan jika dibandingkan dengan edisi PES yang terdahulu.

Dengan hanya tinggal kurang daripada sebulan sebelum permainan ini menemui para peminat, adakah dengan memastikan tahap realistik yang lebih tinggi pada permainan PES 2018 akan membuatkan anda memainkannya dengan lebih kerap?

Kongsikan pendapat anda bersama kami ūüôā

Sumber: EuroGamer

Ada apa-apa maklumat yang kami terlepas? Kongsikan pendapat anda di Facebook , Twitter ataupun Instagram kami.

LIKE dan SHARE Facebook Konsol.My jika anda menyukai info terkini tentang permainan video di Malaysia.