Berita

PES 2018: Percubaan Beta Atas Talian Akan Dibuka Julai Ini

PES2018-Online-Beta
Carlos Afifi
Diolah oleh Carlos Afifi

Konami mengumumkan bahawa syarikat itu akan memperkenalkan percubaan beta atas talian untuk PES 2018 Julai ini. Ini memberi peluang kepada anda untuk mencuba permainan ini sebelum ia dilancarkan secara rasmi.

Konami mendedahkan bahawa percubaan beta ini boleh dimainkan di konsol PS4 dan Xbox One.

Percubaan Beta ini bermula;
4:00 petang 20/7/2017 hingga 12:00 tengahari 31/7/2017 (Waktu Malaysia).

Konami akan mengumumkan dengan segera jika terdapat perubahan pada tarikh beta ini. Mod yang boleh didapati dalam beta adalah Quickmatch dan Online CO-OP.

PES 2018 akan dilancarkan pada PS4, Xbox One, PC, PS3 and Xbox 360 pada 14 September ini.

Sumber : Konami

Anda mungkin berminat untuk membaca artikel PES 2018 yang lain di konsol.my

PES 2018: Video Terbaru Menampilkan Grafik, Pemain Dan Maradona

PES 2018 : Bagaimana Mahu Berlagak Seperti Anda Tahu Tentang Permainan Ini

Usain Bolt Akan Membintangi Pro Evolution Soccer 2018

PES 2018 : Akan Dilancarkan Pada 14 September Pada Semua Platform

Ada apa-apa maklumat yang kami terlepas? Kongsikan pendapat anda di Facebook , Twitter ataupun Instagram kami.

LIKE dan SHARE Facebook Konsol.My jika anda menyukai info terkini tentang permainan video di Malaysia.