Berita

PES 2018: Sah Boleh Dimainkan Pada Resolusi 4K Di PS4 Pro

Diolah oleh Konsol

Antara permainan yang dinanti ramai bagi penghujung tahun 2017 ini semestinya ialah Pro Evolution Soccer 2018.

Masakan tidak, pihak Konami telah pun cuba membasuh otak-otak kita dengan pelbagai treler yang boleh menyebabkan air liur kami meleleh pabila menontonnya.

Selain daripada itu, ikon manusia terpantas di dunia iaitu Usain Bolt juga bakal disertakan di dalam permainan Pro Evolution Soccer 2018 ini kelak.

Baca Juga: Usain Bolt Akan Membintangi Pro Evolution Soccer 2018

Sebab itulah ramai yang tidak sabar untuk memainkan permainan ini nanti.

Seperti yang tertera pada tajuk artikel ini, ya benar bahawa permainan Pro Evolution Soccer 2018 yang bakal dilancarkan ini akan mempunyai sokongan permainan pada resolusi 4K jika ia dimainkan pada konsol Playstation 4 Pro.

Salah satu syarikat media permainan video terkemuka iaitu GamingBolt telah menemuramah pengurus produk bagi Konami, Adam Bhatti pada acara E3 yang lepas.

Baca Juga: PES 2018: Video Terbaru Menampilkan Grafik, Pemain Dan Maradona

Di dalam temuramah ini, Adam Bhatti telah mengesahkan perkara ini dengan berkata –

“Pada masa ini, salah satu fungsi tambahan untuk permainan Pro Evolution Soccer 2018 ini ialah, ia dapat dimainkan pada resolusi 4k pada Playstation 4 Pro”.

Eh Playstation 4 Pro sahaja ke? Xbox One X bagaimana?

Agak sedikit mengecewakan kerana menurut Adam Bhatti lagi, buat masa ini hanya Playstation 4 Pro sahaja yang telah disahkan akan mempunyai fungsi tambahan untuk memainkan Pro Evolution Soccer 2018 ini pada resolusi 4K.

Xbox One X yang baru sahaja diumumkan oleh pihak Microsoft tidak termasuk di dalam perancangan fungsi tambahan ini buat masa ini.

Rumusan

Jadi dengan pengesahan ini, adakah anda akan dapatkan Playstation Pro khas untuk memainkan permainan Pro Evolution Soccer 2018 ini?

Atau adakah anda sudah berpuas hati dengan sekadar memainkan permainan Pro Evolution Soccer 2018 ini pada resolution definasi biasa sahaja?

Kongsikan bersama ini 🙂

Sumber: GamingBolt

Ada apa-apa maklumat yang kami terlepas? Kongsikan pendapat anda di Facebook , Twitter ataupun Instagram kami.

LIKE dan SHARE Facebook Konsol.My jika anda menyukai info terkini tentang permainan video di Malaysia.