Berita

PES 2018: Versi Demo Akan Ditawarkan Pada Minggu Hadapan

Diolah oleh Konsol

Bercakap mengenai permainan video bola sepak, pasti hanya ada 2 sahaja versi yang akan meniti dibibir setiap peminat permainan video iaitu Pro Evolution Soccer (PES) ataupun FIFA.

Ini bermakna, permainan video Pro Evolution Soccer adalah salah satu permainan video yang paling diminati oleh peminat permainan video.

Jadi tidak hairanlah jika kami katakan bahawa permainan video Pro Evolution Soccer 2018 (PES 2018) ini adalah antara permainan yang paling dinantikan pada tahun ini.

Disebabkan itu, pihak Konami tidak mahu setiap peminat mereka tertanya-tanya atau tertunggu-tunggu mengenai perkembangan permainan bola sepak diminati ramai ini.

Jika sebelum ini, pihak Konami telah pun mengeluarkan versi beta bagi permainan Pro Evolution Soccer 2018 untuk para peminat mencuba serba sedikit permainan ini.

Pada minggu ini pula pihak Konami telah pun mengumumkan bahawa permainan bola sepak yang dinanti ramai ini akan dikeluarkan dalam versi Demo kepada para peminat bermula pada minggu hadapan iaitu 30 Ogos 2017. (Yeah! boleh main sampai pagi sebab esoknya cuti).

Versi demo yang akan ditawarkan ini boleh dimainkan pada konsol Playstation 3, Playstation 4, Xbox 360 dan juga Xbox One. Agak mengecewakan sedikit kerana versi demo bagi PC masih belum diumumkan oleh pihak Konami.

Semestinya pengumuman seperti ini amat mengembirakan para peminat permainan Pro Evolution Soccer (PES) kerana pada Pro Evolution 2018 (PES 2018) kebolehan grafik dan cara permainan telah pun dipertingkatkan berbanding versi Pro Evolution Soccer yang terdahulu.

Selain itu, pelbagai watak bintang menarik juga bakal hadir didalam Pro Evolution Soccer 2018 (PES 2018) dan diantaranya ialah seperti gambar diatas.

Jadi kami sarankan, tanda kalendar anda pada 30 Ogos 2017 ini, dan jadilah antara yang pertama mencuba versi demo Pro Evolution Soccer 2018 ini.

Anda ada sebarang pendapat atau pandangan? Nyatakannya diruangan komen 🙂

Sumber: Konami

LIKE dan SHARE Facebook Konsol.My jika anda menyukai info terkini tentang permainan video di Malaysia