Berita

PES 2018: Video Terbaru Menampilkan Grafik, Pemain Dan Maradona

Diolah oleh hang92

Konami telah mengeluarkan treler terbaru untuk Pro Evolution Soccer 2018. Dibangunkan oleh syarikat PES Productions, PES 2018 boleh mulai didapati pada pada 14 September 2017.

Video treler ini menunjukkan cara permainan melalui platform yang dinaiktaraf iaitu PlayStation 4 Pro, PES 2018 akan dikeluarkan untuk PS3, PS4, Xbox 360, Xbox One dan PC. Jangan risau, untuk Xbox One X juga tidak dilupakan.

Image result for pes 2018

Treler terbaru ini memberi pandangan yang mendalam pada pemainan PES 2018, berbanding treler pengumuman pada tiga minggu lalu. Ia juga memberikan paparan pertama bagaimana teknologi Real Touch + digunakan di dalam permainan ini, di mana pemain boleh menggunakan keseluruhan badan pemain untuk mengawal bola, bergantung kepada ketinggian dan kelajuan bola dari arah depan.

Image result for pes 2018

Treler ini juga menunjukkan pelbagai sedutan permainan seperti jaringan gol yang terkenal, cara meraikan gol dan beberapa pemain terkenal menggelecek bola dengan gaya mereka yang tersendiri.

Anda juga akan melihat ikon bolasepak terkenal iaitu Maradona. Di dalam video ini, Maradona akan melakukan gayanya yang terkenal iaitu menyusup masuk pada seluruh pasukan lawan lalu menjaringkan gol. Malangnya bukan aksi Hand of God yang dipaparkan. Hurmmm

Image result for pes 2018

Perjanjian pelesenan khas Konami telah dimeterai dengan Barcelona, Liverpool dan Borussia Dortmund. Dengan pemain di dalam permainan itu kelihatan seperti orang yang sebenar pernah kami lihat setakat ini.

Dan ini menakutkan kami serba sedikit, pada masa akan datang, watak permainan semakin realistik dan ini menyebabkan permainan juga akan menjadi lebih susah kerana realitinya bolasepak adalah payah untuk dimainkan.

sumber: videogamer

Ada apa-apa maklumat yang kami terlepas? Kongsikan pendapat anda di Facebook , Twitter ataupun Instagram kami.

LIKE dan SHARE Facebook Konsol.My jika anda menyukai info terkini tentang permainan video di Malaysia.