Tips

PES2017: Bagaimana Membuat Rembatan Knuckle

Diolah oleh Konsol

Jika rembatan melencong sinonim dengan David Beckham, rembatan knuckle pula sinonim dengan lagenda hidup Christiano Ronaldo.

Apa itu rembatan knuckle?

Rembatan knuckle ialah apabila anda memberi sedikit atau tiada langsung putaran pada bola apabila melakukan rembatan.

Dengan cara ini, ia akan menyebabkan arah tujuan bola tidak dapat diramal oleh penjaga gol kerana bola boleh jadi menuju ke arah kanan pada mulanya, tetapi pada separuh perjalanan bola menukar arah ke kiri.

Bolehkah rembatan knuckle ini dilakukan di dalam permainan bola seperti Pro Evolution Soccer 2017 (PES 17)?

Jawapannya YA, rembatan knuckle ini juga boleh dilakukan di dalam permainan PES 17 jika anda mengetahui tekniknya.

Jom kita saksikan video tutorial bagaimana untuk membuat rembatan knuckle di dalam permainan Pro Evolution Soccer 2017 (PES 17).

Bagi yang sudah arif, video ini boleh dijadikan sumber ulang kaji bagi mereka. Pada yang baru menjinakkan diri di dalam Pro Evolution Soccer 2017 (PES 17), anda boleh gunakan video ini sebagai sumber rujukan untuk anda berlatih dan menimba ilmu baru di dalam permainan ini.

Selamat mencuba dan kongsikan pendapat anda bersama kami 🙂

Kredit pada Pes Focus untuk video tutorial menarik ini.

Anda juga mungkin berminat untuk membaca artikel berkaitan dengan tajuk ini iaitu;

PES 2017: Cara Mengambil Sepakan Penalti

Ada apa-apa maklumat yang kami terlepas? Kongsikannya di Facebook Twitter ataupun Instagram kami.

LIKE dan SHARE Facebook Konsol.My jika anda menyukai info terkini tentang permainan video di Malaysia.