Pilihan Kami

PES2017: Lagenda Dunia Klasik Menentang Bintang Pilihan 2017 – Agak Siapa Yang Menang?

Diolah oleh Konsol

Di dunia realiti, terdapat suatu habit dikalangan peminat bolasepak dunia mahupun tempatan. Habit tersebut ialah sering bertanya atau mempersoalkan diantara pemain-pemain lagenda terdahulu dengan pemain bintang pada masa kini, siapakah yang lebih hebat?

Antara lagenda terdahulu yang sering dibandingkan ialah seperti Diego Maradona, Ronaldinho dan juga Thierry Henry dengan semestinya lagenda hidup seperti Lionel Messi dan Christiano Ronaldo.

Mungkin didalam dunia sebenar, agak mustahil untuk kita membuat perbandingan. Ini kerana kebanyakan pemain lagenda terdahulu sudah pun berumur dan tidak lagi cergas dan hebat seperti dahulu.

Jadi untuk merealisasikan perbandingan diatas, jalan penyelesaiannya hanya satu, iaitu membuat perbandingan didalam permainan video bola sepak disukai ramai iaitu Pro Evolution Soccer 2017 (PES2017).

Pada video dibawah, skuad lagenda dunia akan dibarisi oleh Diego Maradona, Ronaldinho dan juga Thierry Henry berhadapan dengan skuad yang dibarisi oleh Cristiano Ronaldo, Zlatan Ibrahimovic dan juga Lionel Messi.

Berbalik pada soalan diatas, rasa-rasa anda, siapa yang akan menang? Kongsikan agakan anda diruangan komen terlebih dahulu sebelum menonton video ini hehehe ūüôā

Ada apa-apa maklumat yang kami terlepas? Kongsikan pendapat anda di Facebook , Twitter ataupun Instagram kami.

LIKE dan SHARE Facebook Konsol.My jika anda menyukai info terkini tentang permainan video di Malaysia.