Berita

Pihak EA Akan Terus Menyokong Nintendo Switch Dengan Permainan FIFA

Diolah oleh Konsol

Permainan FIFA 18 yang bakal dilancarkan pada bulan September ini bakal menjadi kayu pengukur kepada pihak Electronic Arts (EA) mengenai sambutan peminat permainan bolasepak terkemuka dunia ini pada konsol Nitendo Switch.

Pihak Electronic Arts (EA) sebelum ini telah memberitahu bahawa, permainan FIFA 18 yang akan turut dilancarkan pada konsol Nintendo Switch akan menjadi percubaan untuk melihat sejauh mana sambutan yang akan hadir terhadap permainan terbabit.

Walaubagaimanapun, pihak Electronic Arts juga telah mengesahkan bahawa mereka akan terus menyokong pembangunan permainan FIFA selepas ini yang turut akan dibangunkan bagi konsol hibrid nombor satu dunia itu.

Baru-baru ini pada satu wawancara bersama pihak GameSpot, Andrei Lazarescu iaitu ketua pembangun FIFA 18 bagi konsol Nintendo Switch telah berkata:

“Saya amat yakin bahawa sambutan luar biasa akan hadir terhadap permainan FIFA 18 apabila ia dilancarkan pada Nintendo Switch. Oleh itu saya amat pasti bahawa anda akan melihat lebih banyak siri permainan FIFA yang akan hadir pada Nintendo Switch dimasa akan datang “

Dengan kenyakinan yang tinggi ditunjukkan oleh pihak Electronic Arts (EA), hanya masa sahaja yang akan menentukan bahawa adakah permainan FIFA 18 akan menjadi fenomena di konsol Nintendo Switch apabila ia dilancarkan.

Sumber: GamingBolt

Ada apa-apa maklumat yang kami terlepas? Kongsikan pendapat anda di Facebook Twitter ataupun Instagram kami.

LIKE dan SHARE Facebook Konsol.My jika anda menyukai info terkini tentang permainan video di Malaysia.