Berita

Pihak Microsoft Ingin Anda Leka Dan Lalai Ketika Bermain Xbox One X

Diolah oleh Konsol

Masih lagi tidak habis mengenai cerita tentang propaganda pihak Microsoft bagi memastikan konsol terbaru yang bakal mereka lancarkan mendapat sambutan luar biasa oleh peminat permainan video.

Baca Juga: Xbox One X: Nama Rasmi Untuk Konsol Project Scorpio Microsoft

Memang tidak dapat disangkal lagi bahawa Xbox One X ialah konsol paling canggih di muka bumi ketika ini.

Bukan sahaja pada spesifikasi dan kekuatan perkakasan yang terbaik telah disertakan bersama konsol Xbox One X ini.

Malah konsol ini juga mempunyai fungsi dan teknologi yang belum pernah disertakan pada konsol-konsol lain yang pernah dilancarkan sebelum ini.

Jadi tidak hairanlah, mengapa pihak Microsoft dilihat bersungguh-sungguh untuk mempromosikan konsol terbaru mereka ini.

Baca Juga: Anda Boleh Lupakan PS4 Pro Dan Miliki Xbox One X – Kata Eksekutif Microsoft

Kali ini, pasukan pembangun Xbox One X pula telah menerangkan dimana mereka hanya mempunyai satu objektif sahaja ketika membangunkan konsol terbaru Microsoft ini.

Objektif yang mereka maksudkan ialah dengan memastikan anda sentiasa leka ketika bermain permainan pada konsol Xbox One X sehinggakan anda tidak sedar tentang masa yang berlalu ketika khusyuk bermain permainan di konsol ini.

Memetik kata-kata salah seorang daripada Eksekutif Microsoft pada temubual bersama pihak The Guardian –

“Saya selalu berkata kepada pasukan pembangun saya. Lihat, jika anda menyediakan audio spatial Dolby Atmos pelbagai dinamik yang dapat memberi kepuasan kepada halwa telinga pemain, disertakan pula dengan grafik yang sangat hebat pada skrin, nescaya para pemain konsol ini akan leka dan lalai sehinggakan tidak menyedari masa yang berlalu kerana terlalu seronok dan teruja”.

Forza Horizon 3 Lamborghini

Rumusan

Perghh, nampaknya memang dasyat sungguh pemikiran pihak Microsoft kali ini, sehinggakan mereka kalau boleh ingin kita semua mainkan permainan pada Xbox One X ini 24 jam sehari tanpa henti.

Adakah anda bersetuju dengan pihak Microsoft? Adakah grafik dan bunyi yang mengagumkan akan membuatkan anda mengadap sesuatu permainan selama berjam-jam?

Kongsikan pandangan anda bersama kami 🙂

Sumber: GamingBolt

Ada apa-apa maklumat yang kami terlepas? Kongsikan pendapat anda di Facebook Twitter ataupun Instagram kami.

LIKE dan SHARE Facebook Konsol.My jika anda menyukai info terkini tentang permainan video di Malaysia.