Pilihan Kami Ulasan

Pilihan Pengawal Arked Terbaik Untuk PlayStation 4

Carlos Afifi
Diolah oleh Carlos Afifi

Pemain permainan video arked sering menggunakan pengawal arked untuk permainan pertempuran untuk mendapatkan lebih banyak ketepatan dan sesetengah pemain berpendapat, pada tahap teknikal, ianya lebih baik digunakan daripada pengawal biasa.

Sesetengah pemain yang lain pula ada yang menggemarinya kerana ia megimbas kembali pengalaman bermain permainan lama di platform arked yang selalunya terdapat di pusat-pusat membeli belah.

Sejak pelancaran Playstation 4, pelbagai pilihan tajuk permainan tempur telah hadir ke pasaran seperti Mortal Kombat, Injustice, Street Fighters, Tekken dan pelbagai lagi. Terdapat begitu banyak cara untuk bermain permainan tempur ini, dan pengawal arked adalah salah satu cara terbaik.

Maka dengan itu, di sini kami senaraikan antara pengawal arked PS4 terbaik yang ada di pasaran:

1. HORI Real Arcade Pro 4 Kai

HORI-Real-Arcade-Pro-4-Kai

HORI, pengawal yang datang dengan harga yang berpatutan, serasi dengan PS3 dan PC, juga merupakan antara salah satu pengawal arked yang terbaik hari ini. Ia datang dengan kayu analog Turbo dan berfungsi pada skema kawalan enam-butang.

2. HORI Real Arcade Controller Pro V5 Hayabusa

HORI-Real-Arcade-Controller-Pro-V5-Hayabusa

Pengawal ini juga sangat disyorkan, dengan pad sentuh yang mungkin sesetengan permainan memerlukan penggunaannya. Ia adalah pengawal yang agak ringan dengan tombol kayu analog berbentuk segi empat. Dengan ketepatan dan beratnya yang agak ringan, Hayabusa adalah kayu pengawal yang mampu bersaing dengan pengawal arked yang lain.

3. Mad Catz Ultra Street Fighter IV Arcade FightStick Tournament Edition 2

Mad-Catz-Ultra-Street-Fighter-IV-Arcade-FightStick-Tournament-Edition-2

Pengawal ini adalah antara pengawal yang berada pada tahap tertinggi. Kelihatan hebat dengan karya seni Street Fighter IV dan juga kelembutan gerakan kayu analog dan ciri-ciri tambahannya akan mampu membantu anda dalam meningkatkan kemahiran bermain permainan tempur. Anda boleh menukar sekitar kayu analog mengikut keutamaan anda, menjadikannya sempurna untuk prestasi permainan yang pelbagai. Pengawal ini adalah antara yang termahal harganya, tetapi untuk ketahanan dan penggunaan yang pelbagai ia adalah satu pembelian yang berbaloi.

4. HORI Real Arcade Pro 4 Premium VLX KURO

HORI-Real-Arcade-Pro-4-Premium-VLX-KURO

Satu lagi pengawal yang mampu memberi saingan hebat. VLX KURO juga antara pengawal dengan tanda harga yang mahal, tetapi juga dianggap sebagai pengalaman arked muktamad. Ia juga mempunyai komponen dari permainan arked Jepun yang asal. Dengan pad sentuh yang berfungsi sepenuhnya, kayu analog, yang dilesenkan oleh Sony, serasi dengan PS3 dan PS4.

5. Mayflash Arcade Fightstick Joystick F300

Mayflash-Arcade-Fightstick-Joystick-F300Mayflash pastinya akan memberi keseronokan kepada pemain. Harga berpatutan dan reka bentuk yang minimal, kayu analog itu dibina untuk kegunaan biasa. Ia berfungsi dengan baik di pelbagai konsol, dari PS4 ke Xbox One ke Xbox 360. Responsif dan sesuai untuk pemain kasual dan pemain tegar.

6. Mad Catz Street Fighter V Arcade FightStick Alpha

Mad-Catz-Street-Fighter-V-Arcade-FightStick-AlphaMad Cat Street Street Fighter V pastinya pengawal yang berpatutan bagi mereka yang inginkan perubahan. Tetapi harganya datang dengan beberapa kekurangan. Pengawal itu terlalu ringan, menjadikannya sukar untuk bermain apabila ianya diletakkan di peha atau pangkuan anda. Sekiranya anda seorang pemain yang gemar bertanding di kejohanan eSukan, ianya mungkin bukan pilihan yang tepat. Tetapi FightStick Alpha masih merupakan pengawal yang berguna, terutama bagi mereka yang membuat peralihan pertama mereka dari pengawal pad biasa. Jika anda mencari pengawal yang ingin digunakan untuk latihan dan penggunaan umum, ianya adalah berbaloi.

7. HORI Fighting Stick Mini 4

HORI-Fighting-Stick-Mini-4Satu lagi pengawal arked HORI. Dilesenkan oleh Sony, pengawal sederhana yang mempunyai lapan butang pad ini adalah sesuai untuk mereka yang berminat dengan pengawal arked bersaiz kecil dan padat. Ia agak kecil dan ringan, maka bukanlah satu pengawal arked yang sesuai diletakkan di peha atau pangkuan anda. Tetapi untuk pemain yang mencari pengawal arked dengan tanda harga berpatutan dan hanya ingin menikmati beberapa permainan pertempuran, Mini 4 pasti berbaloi untuk dimiliki.

Rumusan

Maka dengan itu, inilah tujuh pesaing utama dalam pertempuran pengawal arked terbaik yang berada di pasaran setakat ini. Pilihan pengawal arked bergantung pada diri anda sendiri dan apa yang anda harapkan untuk pengawal arked itu. Semoga cadangan ini membantu anda dalam misi pencarian dan pembelian pengawal arked anda.

Anda juga mungkin berminat untuk membaca artikel berkaitan dengan tajuk ini iaitu;

Antara Pilihan Stereng Permainan Perlumbaan Terbaik

Tapak Penyejuk PS4 Pilihan Kami

7 Pengawal PS4 terbaik untuk anda cuba

Antara Kerusi Permainan Pilihan Terbaik Di Pasaran

Ada apa-apa maklumat yang kami terlepas? Kongsikan pendapat anda di Facebook Twitter ataupun Instagram kami.

LIKE dan SHARE Facebook Konsol.My jika anda menyukai info terkini tentang permainan video di Malaysia.