Tips

Pilihan Senjata Terbaik di Ghost Recon Wildlands dan Di Mana Untuk Mencarinya

Staff Astro
Diolah oleh Staff Astro

Ghost Recon Wildlands merupakan permainan berbentuk aksi pengembaraan yang membolehkan anda untuk pergi ke mana-mana sahaja pada peta yang sangat luas dengan menggunakan watak pilihan anda.

Tetapi, senjata yang dibekalkan kepada  anda terhad. Anda samada boleh menjumpai senjata bertaburan di Bolivia itu, atau anda boleh mencari senjata yang baru daripada musuh yang anda dapat tumpaskan.

Dalam usaha untuk menambah senjata ke dalam beg perkakasan, anda akan mempunyai peluang untuk mencari senjata yang bertaburan di seluruh peta. Ia memerlukan sedikit kerja untuk mencari  semua senjata yang ada.

Jadi disini kami kongsikan cara untuk mendapatkan senjata yang anda perlukan demi kelancaran permainan anda. Selamat mencuba dan selamat berjaya!

Baca di sini untuk mengetahui telur easter dalam permainan Ghost Recon Wildlands

ACR (Assault Rifle) 

ACR adalah raifal tempur yang hebat untuk digunakan sekiranya tangan anda tidak menggigil untuk menembak secara lurus. Ia mempunyai kesan damage yang baik dan boleh dikendalikan dengan cekap. 

Tetapi anda perlu untuk mengimbangi ketepatan di antara mengawal dan kesan damge daripada purata itu.

Anda akan dapat menjumpai senjata ini Media Luna di Kampung La Loma, di utara titik perhimpunan Media Luna Bravo. Lokasi senjata ini berada dalam peti simpanan kuning kosong di tepi sungai.

TAR-21 (Assault Rifle) 

TAR-21 adalah pilihan yang baik jika anda berada dalam kedudukan menyerang semasa dalam kenderaan. Kuasa damage adalah pada tahap tertinggi.

TAR-21 berada dalam wilayah Montuyoc di bandar Choza Padre, iaitu di selatan tasik gergasi di tengah-tengah wilayah.

Anda akan menjumpai salah satu senjatan ini di tingkat atas sebuah rumah di timur semasa cerita misi.

 MK249 (Light Machine Gun)

MK249 adalah senjata api besar yang dapat menawarkan tembakan kuat dengan kadar damage yang tinggi.

Mesingan ringan ini boleh didapati di dalam kawasan Malca di kawasan utara Icoya dan tepat di sebelah tasik di hujung paling selatan di dalam peta.

Ia boleh dijumpai di antara beberapa kotak di hujung jalan ke selatan penanda kawasan pada peta.

Scorpion EVO 3 (Submachine Gun) 

The Scorpion EVO 3 adalah bertentangan dengan MK249kerana damage adalah lebih kecil sedikit dan kesan lentingan yang agak rendah.

Untuk mendapatkannya, pergi ke Koani dan tuju ke kawasan pertempuran di selatan bandar Huertas. Cuba cari kotak \ beg di sebuah di hangar bay.

L115A3 (Sniper Rifle)

L115A3 adalah senjata yang terbaik bagi penggemar sniper untuk menghapuskan kenderaan yang sering mengacau.

Kesan penembusannya sangat hebat untuk memusnahkan kereta \ pemandu.

Anda akan mendapati ia dalam kawasan El Yayo di Monte Puncu, di sebelah barat Chaca Barracha — menarik nama tempat ni

SPAS-12 (Shotgun) 

SPAS-12 dihasilkan sebagai senjata yang sangat baik untuk digunakan untuk bersaing dengan kumpulan yang besar di dalam ruang kecil kerana kadar sasaran tembakan yang jitu.

Tersimpan di F.O.B. Vibora di La Cruz, kawasan tenggara Khochi. Dalam salah satu bangunan di sepanjang jalan utama.

SASG-12 (Shotgun) 

The SASG-12 adalah senapang patah yang boleh melakukan damage yang besar jika anda boleh kendalikan dengan betul.

Dapatkan ia di pinggir timur P.N. de Agua Verde pada kota utara Arroyo Baya. Cuba cari dalam kotak penyimpanan berwarna merah.

D-50 (Pistol) 

Dengan pengisian peluru yang cepat, pengendalian hebat, dan kadar sasaran tembakan yang tinggi, pistol D-50 adalah adalah sangat baik untuk anda.

Anda boleh mendapatkannya di Libertad di F.O.B. Oso Hormiguero,selatan Libertad Charlie. Cuba cari bangsal peluru dan cari bekas tersebut.

Apa-apa pun anda semua perlu membuat sedikit kajian juga sebelum mencari senjata-senjata di atas dan anda perlu bersedia dengan penjaga atau serangan daripada musuh.

Jika anda ada sebarang pandangan jangan lupa untuk kongsikan di bahagian komen atau di Facebook , Twitter ataupun Instagram kami.

Like Facebook Konsol.My untuk mendapatkan info terkini tentang permainan video tanah air.