Ura-ura

PINEVIEW DRIVE – ALAMI RASA TAKUT, CEMAS DAN SERAM DI SEPANJANG PERMAINAN

Diolah oleh Along Naz

Apakah? Itu ayat pertama yang keluar selepas menyaksikan sedutan acah permainan ini

Sebuah rumah besar yang usang terletak hujung jalan Pineview Drive. Seorang lelaki berdiri di hadapan pintu pagar, memerhati setiap harta yang ada di sekitar rumah usang itu. 20 tahun sebelum itu, lelaki itu telah datang melawat kawasan rumah ini bersama-sama dengan isterinya, Linda. Semasa beliau menginap di rumah tersebut, isterinya hilang tanpa dapat dikesan – kehilangannya terus menjadi misteri dan tiada penyelesaiannya.

Kisahnya bermula apabila rumah yang bersebelahan laut ini mula menjadi terkenal. Banyak cerita tersebar yang mengatakan tiada sesiapa yang dapat menduduki rumah besar ini lebih daripada 30 hari — semenjak Linda didapati hilang.

Menghadapi cabaran yang lebih kuat daripada anda bayangkan, anda mesti menyeberangi pintu-pintu yang ada dan berhadapan dengan kuasa jahat yang kelihatan samar-samar di sekitar tempat tersebut. Bagi menyelesaikan misteri kehilangan Linda dan menyingkap segala misteri rumah ini, anda tiada masa untuk dilengahkan!

Like Facebook Konsol.My untuk mendapatkan info terkini tentang permainan video tanah air.