Berita

Player Unknown Battlegrounds Terus Unggul Dengan Mencatatkan Hampir 2 Juta Pemain Serentak

Diolah oleh Konsol

Jika 5 tahun yang lepas ketika kami masih lagi di bangku universiti, permainan yang amat popular ketika itu pasti tidak lain dan tidak bukan iaitu Dota 2.

Kami masih ingat lagi bagaimana rakan-rakan kami yang terpaksa melanjutkan tempoh pembelajaran semata-mata kerana ponteng kuliah untuk bermain permainan Dota 2 sehingga lewat malam.

Tetapi nampaknya kini senario itu telah pun berubah di mana permainan paling popular kini bukan lagi diungguli oleh permainan Dota 2.

Kini permainan Player Unknown Battlegrounds (PUBG) yang baru dilancarkan sekitar bulan Mac 2017 terus menerus mengukuhkan kedudukannya sebagai permainan paling popular ketika ini.

Menurut statistik yang dikeluarkan oleh pihak Steam, mereka mendapati permainan Player Unknown Battlegrounds (PUBG) kini telah mempunyai pemain serentak hampir kepada 2 juta pemain dalam sehari. Lebih tepat lagi, pemain serentak bagi permainan Player Unknown Battlegrounds (PUBG) ialah 1.96 juta.

Sebagai perbandingan permainan Dota 2 yang amat popular sebelum perlancaran permainan Player Unknown Battlegrounds (PUBG) hanya merekodkan sekitar 700 ribu pemain serentak ketika ini.

Jika dilihat pada data yang dikeluarkan oleh pihak Steam ini, kita dapat merumuskan bahawa tidak syak lagi permainan Player Unknown Battlegrounds (PUBG) ini adalah permainan yang amat amat popular ketika ini.

Lihat sahaja jumlah pemain serentak pada permainan Player Unknown Battlegrounds (PUBG) ini telah pun melangkaui 2 kali ganda jumlah pemain serentak yang dicatatkan oleh permainan Dota 2.

Bagi anda yang belum mengetahui mengenai permainan Player Unknown Battlegrounds (PUBG) ini, permainan ini adalah bekisar kepada permainan pertempuran berkelompok didalam satu kawasan. Di mana anda sebagai pemain akan diturunkan di sebuah pulau bersama-sama kesemua pemain yang berjumlah 100 orang. Lalu anda perlulah bertempur sesama sendiri sehingga anda seorang sahaja yang masih hidup.

Permainan ini buat masa ini hanya boleh dimainkan di platform PC. Walaubagaimanapun permainan ini akan dilancarkan pada Xbox One dan Playstation 4 kelak.

Jadi jika anda masih lagi menuntut di mana-mana universiti. Cuba anda intai-intai dekat bilik sebelah, mungkin rakan-rakan anda sedang asyik melayan permainan Player Unknown Battlegrounds (PUBG) ini pula tanpa mengajak anda. 🙂

Sumber: GameSpot

Ada apa-apa maklumat yang kami terlepas? Kongsikan pendapat anda di Facebook Twitter ataupun Instagram kami.

LIKE dan SHARE Facebook Konsol.My jika anda menyukai info terkini tentang permainan video di Malaysia.