Berita

Player Unknown’s Battleground Bakal Hadir Di Xbox One Pada 12 Disember Ini

Diolah oleh Konsol

Bagi anda yang bermain permainan video menggunakan platform Microsoft seperti Xbox One, tetapi masih lagi belum berpeluang untuk merasai sendiri keenakkan bermain dengan Player Unknown’s Battleground (PUBG). Apa kata anda tandakan tarikh 12 Disember 2017 ini di kalendar anda.

Ini kerana, permainan Player Unknown’s Battleground (PUBG) ini bakal hadir secara eksklusif di konsol Xbox One pada 12 Disember 2017 ini dibawah program Xbox Game Preview. Secara ringkas, pihak pembangun permainan ini telah pun mengesahkan bahawa permainan video Player Unknown’s Battleground (PUBG) pada konsol akan menerima kandungan yang sebaik kandungan pada platform PC walaupun mempunyai perbezaan dari segi spesifikasi.

Selain daripada itu, permainan Player Unknown’s Battleground (PUBG) ini juga bakal turut disokong pada konsol Xbox One X dan akan mempunyai kandungan grafik yang lebih tinggi iaitu seperti HDR.

Jadi jika anda pengguna Playstation 4, maaf mungkin anda perlu menunggu dengan lebih lama lagi untuk memainkan permainan Player Unknown’s Battleground (PUBG) pada konsol kesayangan anda, ini kerana hanya konsol Xbox sahaja yang telah diumumkan buat ketika ini.

Tetapi bukankah Fortnite Battle Royale telah pun boleh dimainkan dan mempunyai cara permainan seakan-akan Player Unknown’s Battleground (PUBG), jadi dalam masa menantikan permainan Player Unknown’s Battleground (PUBG) untuk hadir ke konsol Playstation 4, apa kata kita layan je dulu Fortnite Battle Royale ye 🙂

Sumber: theverge

Ada apa-apa maklumat yang kami terlepas? Kongsikan pendapat anda di Facebook Twitter ataupun Instagram kami.

LIKE dan SHARE Facebook Konsol.My jika anda menyukai info terkini tentang permainan video di Malaysia.