Berita

Player Unknown’s Battleground Menjadi Satu-Satunya Permainan Yang Mencapai 2 Juta Pemain Serentak

Diolah oleh Konsol

Baru 3 hari lepas kami melaporkan bahawa jumlah pemain serentak pada permainan termasyur Player Unknown’s Battleground menghampiri angka 2 juta orang pemain.

Kini berita itu sudah pun basi kerana semalam permainan Player Unknown’s Battleground (PUBG) telah pun mencatatkan rekod baru bagi mana-mana permainan iaitu mempunyai jumlah pemain serentak seramai 2 juta orang.

Sejarah telah pun tercipta dimana sebelum ini tiada permainan yang mampu mencatatkan angka pemain serentak seramai 2 juta pemain ini. Bahkan jika kita lihat, pada sebelum-sebelum ini, permainan yang amat popular seperti Dota 2 juga hanya mampu untuk mencatat sekitar 1 juta pemain serentak pada satu-satu masa.

Pada yang masih belum tahu mengenai permainan Player Unknown’s Battleground (PUBG) ini, permainan ini ialah permainan pertempuran berkelompok. Di mana anda akan diletakkan di suatu kawasan bersama-sama 100 pemain lain, lalu anda perlulah bertempur sesama sendiri sehinggalah hanya ada seorang pemain sahaja yang masih hidup dan dinobatkan sebagai pemenang untuk pusingan itu.

Dengan kejayaan bersejarah yang telah pun dicapai oleh permainan Player Unknown’s Battleground (PUBG), kami di konsol.my amat yakin bahawa pada masa akan datang, pertandingan yang melibatkan permainan ini pasti akan dipertandingkan.

Jadi bagi anda yang masih belum bermain permainan ini, apa kata lakukannya sekarang, mana tahu satu hari nanti anda akan diangkat sebagai bintang didalam pertandingan permainan Player Unknown’s Battleground (PUBG) ini. 🙂

Sumber: vg247

Ada apa-apa maklumat yang kami terlepas? Kongsikan pendapat anda di Facebook Twitter ataupun Instagram kami.

LIKE dan SHARE Facebook Konsol.My jika anda menyukai info terkini tentang permainan video di Mala