Berita

PLAYER UNKNOWN‘S BATTLEGROUNDS BAKAL DILANCARKAN DI KONSOL?

Aizy
Diolah oleh Aizy

Jika anda ialah seorang permain konsol,  pernahkah anda terdengar tentang PLAYER UNKNOWN’S BATTLEGROUNDS?  Ataupun lebih dikenali di seluruh dunia sebagai PUBG.

Permainan ini akan meninggalkan early access pada akhir tahun 2017 sebagaimana yang ditulis oleh pecipta permainan ini iaitu Brendan “PlayerUnknown” Greene bahawa perlancaran penuh telah ditunda sehingga akhir tahun 2017, daripada tempoh masa yang ditetapkan bahawa perlancaran penuh akan bermula bulan September 2017.

“Sejak beberapa bulan yang lalu, saya telah melakukan banyak wawancara, dan dalam kebanyakannya, saya berkata kami berharap dapat keluar dari Akses Awal enam bulan selepas kami mula melancarkan,” katanya. “Saya menyedari bahawa dengan menentukan tarikh pelancaran pada bulan tertentu boleh menghalang kami daripada menyampaikan permainan penuh dan menyebabkan kekecewaan dalam masyarakat jika tarikh akhir pelancaran tidak dipenuhi.

Brendan “PlayerUnknown” Greene juga menekankan bahawa antara salah satu sebab kelewatan ialah kerana pasukan mereka mahu pemain mengalami pengalaman Battle Royale sepenuhnya.

Brendan “PlayerUnknown” Greene juga telah memberitahu Business Insider bahawa Brendan telah mempunyai satu pasukan, untuk membangunkan permainan ini di konsol XBOX.

Kata Brendan lagi,  ‘Sudah semestinya kami mencari ruang untuk kedua-dua konsol Seperti XBOX dan PlayStation, tetapi malangnya kami tidak mempunyai tempoh masa yang panjang untuk kedua-duanya”

Buat masa ini,  tempoh masa yang ada hanya sehingga versi PC keluar perlancaran awal sepenuhnya. Sehingga itu,  konsol akan dijadikan keutamaan sekunder.

Idea asal permainan ini ialah sehingga 100 orang pemain akan melompat menggunakan payung terjun ke sebuah pulau terpencil dan akan mencari ‘loot‘ seperti senjata, peluru,  kenderaan,  dan banyak lagi! Zon permainan juga akan dikecilkan mengikut masa untuk memaksa pemain berkumpul di satu tempat sehingga terdapat satu pemain atau pasukan yang kekal.

Anda boleh saksikan video cara permainan di bawah.

Nota editor: Artikel ini merupakan hasil tulisan saudara Aisy Hafiy. Jika anda juga ingin menjadi salah seorang penulis kami dan mahu tulisan anda dibaca oleh ribuan rakyat Malaysia,  hantar artikel 300 patah perkataan anda dalam format MS Word ke hubungi@konsol.my

Ada apa-apa maklumat yang kami terlepas? Kongsikan pendapat anda di Facebook Twitter ataupun Instagram kami.

LIKE dan SHARE Facebook Konsol.My jika anda menyukai info terkini tentang permainan video di Malaysia.