Berita

PlayerUnknown’s Battlegrounds Melangkaui Jumlah Pemain Serentak Dota 2

Carlos Afifi
Diolah oleh Carlos Afifi

Terdapat banyak perbincangan tentang PlayerUnknown’s Battlegrounds (PUBG) minggu lalu di Gamescom 2017, dan sementara para peminat tidak sabar untuk menanti kehadiran permainan ini ke Xbox One dan Xbox One X, ianya telah mendapat sambutan yang cukup menggalakkan di PC.

Kini PUBG telah mencapai pengguna serentak tertinggi di Steam dengan hampir 900,000 pemain, mengalahkan Counter-Strike: Global Offensive dengan lebih 300,000 pemain, dan DOTA 2 sebanyak 40,000 pemain.

playerunknowns-battleground-gameplay

Satu perkara yang cukup positif mengenai PUBG adalah ia nampaknya terus mendapat sambutan yang berterusan. Permainan ini menarik 90,000 pemain baru pada bulan Julai, dan 130,000 lagi pada bulan Ogos.

Ia adalah agak menakjubkan kerana permainan ini masih di dalam fasa Early Access. Melangkaui DOTA 2 dari tempat teratas di Steam adalah pencapaian yang luar biasa untuk Brendan Greene dan pemaju Bluehole Studio Inc.

PUBG baru-baru ini juga telah melepasi jualan 8 juta unit di Steam, satu lagi perkara menakjubkan untuk permainan yang masih dalam peringkat akses awal tetapi sudah boleh dikatakan sebagai calon sah untuk permainan terbaik tahun ini.

PlayerUnknown’s BattleGrounds dijangka akan hadir ke Xbox One sekitar hujung tahun ini.

Sumber: DualShockers

Anda mungkin berminat untuk membaca artikel berkaitan seperti ini di konsol.my

Pemain PlayerUnknown’s Battlegrounds Sudah Melebihi 500,000 di Steam

PLAYER UNKNOWN‘S BATTLEGROUNDS BAKAL DILANCARKAN DI KONSOL?

TOURNAMENT LAN PERTAMA PLAYER UNKNOWNS BATTLEGROUNDS

Ada apa-apa maklumat yang kami terlepas? Kongsikan pendapat anda di Facebook Twitter ataupun Instagram kami.

LIKE dan SHARE Facebook Konsol.My jika anda menyukai info terkini tentang permainan video di Malaysia.