Berita

PlayerUnknown’s Battlegrounds Telah Terjual Sebanyak 10 Juta Salinan Setakat Ini

Diolah oleh Konsol

Baru minggu lepas kami melaporkan bahawa permainan video sensasi PlayerUnknown’s Battlegrounds telah mempunyai pemain serentak yang melangkaui jumlah pemain serentak Dota 2.

Tidak sampai 2 minggu berita hangat mengenai permainan PlayerUnknown’s Battlegrounds dilaporkan, terbaru permainan ini telah pun disahkan bahawa ia telah terjual sebanyak 10 juta salinan setakat ini.

Berita ini pasti adalah berita yang amat mengembirakan bagi pihak pengeluar permainan ini kerana semua sedia maklum bahawa permainan PlayerUnknown’s Battlegrounds ini masih baru berada dipasaran jika dibandingkan dengan permainan popular seperti Dota 2.

Kejayaan permainan ini yang dianggap pelbagai pihak sebagai kejayaan yang besar kerana ia mampu mencapai jumlah jualan sehingga 10 juta salinan hanya dalam masa kurang daripada 6 bulan selepas ia dilancarkan kepada umum.

Pencapaian angka jualan 10 juta ini juga meletakkan permainan video PlayerUnknown’s Battlegrounds sebagai permainan video paling laris bagi tahun 2017 ini.

Selain daripada angka jualan yang amat menakjubkan ini, pertambahan pemain serentak juga menunjukkan peningkatan yang amat drastik.

Sebelum ini kami ada melaporkan bahawa permainan video PlayerUnknown’s Battlegrounds ini telah pun mempunyai sekitar 500,000 pemain serentak.

Pada ketika artikel ini ditulis, kami telah pun difahamkan bahawa pemain serentak pada permainan video PlayerUnknown’s Battlegrounds ini telah mencapai sekitar 970,000 pemain dan sekaligus menjadikan permainan ini adalah permainan paling banyak dimainkan serentak mengatasi kesemua permainan-permainan popular yang lain.

Akhir kata, permainan PlayerUnknown’s Battlegrounds ini hanya boleh dimainkan dengan early access Steam pada platform PC buat masa ini. Permainan ini juga dijadualkan untuk dilancarkan pada platform Xbox One melalui early access Xbox Game Preview tidak lama lagi.

Jadi ada tak sesiapa disini yang sedang memainkan permainan ini? Boleh kongsikan pengalaman anda bersama kami.

Hendak juga kami tahu apa perasaannya memainkan permainan paling sensasi ini 🙂

Sumber: GamingBolt

Ada apa-apa maklumat yang kami terlepas? Kongsikan pendapat anda di Facebook Twitter ataupun Instagram kami.

LIKE dan SHARE Facebook Konsol.My jika anda menyukai info terkini tentang permainan video di Malaysia.