Pilihan Kami Ulasan

Playstation 4: Mana Lebih Baik? Kedudukan Menegak Atau Melintang?

Diolah oleh hang92

Apabila seseorang baru sahaja membeli konsol baharu seperti PlayStation 4, sudah pasti ada yang tertanya yang manakah lebih baik untuk meletakkan konsol mereka, dengan kedudukan melintang atau menegak?

Soalan yang sama ini juga boleh digunakan untuk konsol generasi sebelumnya iaitu PlayStation 2 dan PlayStation 3. PlayStation 4 telah direkabentuk untuk digunakan dengan kedua kedudukan ini iaitu melintang dan menegak. Maka apabila anda ingin menentukan kedudukan manakah yang terbaik untuk konsol anda sebenarnya keputusan terletak kepada pandangan peribadi anda sendiri.

Tetapi, setiap keputusan yang anda lakukan kita tidak nafikan adanya baik dan buruk. Kesan terhadap konsol ini juga boleh digunapakai oleh mana-mana konsol secara umum.

*Artikel ini berdasarkan pemerhatian kami*

Melintang

Image result for ps4

Baik:
Pemacu Cakera Yang Lebih Senyap

Bagi pengguna yang lebih mementingkan kualiti persekitaran yang lebih senyap hasil daripada pemacu cakera di dalam konsol, kedudukan PS4 secara melintang adalah terbaik untuk anda. Cuba anda imbas kembali hukum graviti oleh Newton, cakera permainan dicipta untuk diletakkan secara melintang mengikut keadaan asalnya. Lantas, anda akan mengurangkan tekanan kepada pemacu cakera berbanding anda meletakkannya secara menegak.

Lebih Penyejukan Pada Konsol

Perlu diingatkan bahawa setiap permainan baru yang terhasil setiap hari kini memerlukan konsol supaya bekerja lebih kuat untuk menjana grafik dan kelancaran permainan. Maka kerja kuat yang dilakukan oleh konsol ini boleh menyebabkan konsol menjadi panas. Adalah penting untuk setiap PS4 berada di dalam keadaan dingin (baca: bukan beku) untuk mengelakkan struktur dalaman konsol terbakar atau mencair. Jika anda ingin pengudaraan yang lebih baik, letakkan konsol anda di dalam kedudukan melintang.

Buruk:
Permukaan Bergelembung

Jika anda meletakkan kedudukan PS4 anda di dalam keadaan melintang, anda akan perasan bahawa logo PlayStation di tengah konsol anda sedikit timbul. Hal ini anda akan perasan apabila anda menekan logo Playstation tersebut. Permukaan yang tidak rata ini tidak memberi sebarang masalah pun, tetapi akan mendatangkan masalah sekiranya anda menderita penyakit berjangkit OCD. Jadi, untuk mengatasi masalah ini, anda boleh membeli mana-mana pelekat kartun (kalau boleh Boboiboy) yang dijual di kedai runcit lalu menampal pada permukaan tidak rata ini

Mengambil Ruang Yang Besar

Jika anda sudah mulai perasan bahawa anda tidak mempunyai ruang tamu yang besar, kedudukan PS4 secara melintang ini mengambil ruang yang besar apabila diletakkan bersebelahan TV anda. Jika anda hanya mempunyai ruang tamu yang kecil, kami syorkan anda supaya meletakkan kedudukan menegak.

Menegak

Image result for ps4 position

Baik:
Menyelamatkan Ruang

Jika anda tidak mempunyai ruang yang besar untuk meletakkan PS4 anda, jangan tunggu lama, letakkan konsol anda di dalam keadaan menegak.

Bergaya
Meletakkan konsol PlayStation 4 di dalam keadaan menegak pastinya nampak lebih bergaya sekiranya ada tetamu yang datang berkunjung ke rumah. Rekabentuk yang bergaya ini pastinya membuat rakan-rakan anda tidak berhenti memuji dan seterusnya akan meminta izin anda untuk mencuba konsol tersebut.

Buruk:
Risiko Untuk Tersadung

Sudah pasti ramai yang tersadung kaki pada konsol akibat kedudukan konsol tersebut yang diletakkan secara menegak. Jika anda mempunyai bayi kecil, kanak-kanak mumayyiz, bahkan haiwan peliharaan yang aktif dan suka bermain di tempat permainan anda, itu adalah risiko yang anda perlu tanggung dimana kemalangan boleh terjadi dan ini akan menyebabkan konsol anda jatuh atau lebih teruk, berderai.

Tidak Senyap

Bila kami meletakkan PS4 kami di dalam keadaan menegak, kami perasan bahawa konsol kami mengeluarkan bunyi yang agak kuat, tidak seperti apa yang Sony janjikan iaitu tidak mengeluarkan sebarang bunyi langsung. Bunyi ini datang daripada kipas di dalam konsol dan juga daripada pemacu cakera yang sedang bekerja untuk membaca kandungan cakera yang dimasukkan.

Konsol Menjadi Panas

Jika dibandingkan suhu konsol menegak daripada melintang, kami perasan bahawa haba yang dihasilkan semasa konsol ditegakkan adalah panas sedikit berbanding melintang. Anda harus ingat apabila anda meletakkan konsol anda secara menegak, anda telah menutup salah satu ruang pengudaraan di sekitar konsol tersebut. Maka ianya akan menjadikan konsol anda sedikit lebih panas berbanding dengan kedudukan melintang. Jadi dengan pertambahan suhu oleh haba tersebut, tidak hairan kipas akan bekerja lebih kuat dan lantas bunyi yang kuat juga akan terhasil daripada konsol tersebut.

Tapak Penyejuk PS4 Berharga + RM50

Malangnya, tapak penyejuk tidak dikeluarkan bersama-sama dengan kotak asal PS4 yang anda beli. Anda harus membelinya secara berasingan di kedai permainan terdekat dengan anda.

Rumusan

Ada juga artikel di blog-blog permainan lain yang menyatakan keadaan konsol menegak adalah terbaik dan diserta bukti bergambar dengan pengukur suhu. Seperti contoh, gambar di bawah ini ada menyatakan perbezaan suhu kedua kedudukan menegak dan melintang.

Suhu Konsol Menegak = 97.3F (36.27 C)

The back part of the console as it stands vertically maintained heat after ten minutes of Killzone.

Suhu Konsol Melintang = 115F (46.11 C)

sumber gambar 1 & 2: vr-zone

Perbezaan sebanyak 10 Celcius merupakan jurang yang agak tinggi di antara kedua kedudukan ini. Adakah ukuran suhu yang telah dibuat di atas adalah benar dan tepat? Anda sendiri tentukan.

Kami sudah membuat eksperimen dan menyatakan sebab, jadi kali ini giliran anda pula untuk memberi bereksperimen dan memberi pendapat sendiri.

Anda juga mungkin berminat untuk membaca artikel lain yang berkaitan:

Tapak Penyejuk PS4 Pilihan Kami

Pilihan Pengawal Arked Terbaik Untuk PlayStation 4

MASALAH TEKNIKAL PS4 DAN CARA MENGATASINYA BHGN 2

Ada apa-apa maklumat yang kami terlepas? Kongsikan pendapat anda di Facebook Twitter ataupun Instagram kami.

LIKE dan SHARE Facebook Konsol.My jika anda menyukai info terkini tentang permainan video di Malaysia.