Berita

Playstation 4 Pro Berwarna Putih Akan Hadir Sempena Pelancaran Permainan Destiny 2

Diolah oleh Konsol

Jika anda seorang peminat permainan Destiny 2 dan tidak sabar untuk memuat turun permainan beta Destiny 2 pada 21 Julai 2017 ini, maka bergembiralah kerana Sony telah mengumumkan bahawa mereka akan melancarkan pakej edisi terhad Playstation 4 Pro berwarna putih bersempena dengan pelancaran permainan Destiny 2.

Sebelum ini telah banyak kita lihat pihak Sony melancarkan pakej Playstation 4 edisi terhad ini seperti pakej edisi terhad Uncharted 4, pakej edisi terhad Horizon Zero Down  dan banyak lagi.

Tetapi apa yang membezakan pakej edisi terhad Destiny 2 ini dengan pakej edisi terhad yang terdahulu ialah ia akan di datangkan didalam pilihan warna putih dan semestinya ianya adalah Playstation 4 Pro yang pertama akan disertakan dengan warna ini.

Pakej edisi terhad Playstation 4 Pro Destiny 2 ini akan disertakan bersama satu salinan fizikal permainan video Destiny 2 bagi setiap pembelian.

Selain daripada itu, ia juga akan datang bersama satu kod Pas Perkembangan bagi memuat turun 2 kandungan tambahan pada masa akan datang.

Okay menarik memang dah menarik, tetapi bagaimana pula dengan harganya?

Pihak Sony akan melancarkan pakej edisi terhad Playstation 4 Pro Destiny 2 ini di benua Amerika dan Eropah terlebih dahulu.

Setakat ini pihak Sony masih belum mengumumkan pelancaran pakej edisi terhad Playstation 4 Pro Destiny 2 ini untuk benua Asia.

Kalau mengikut harga yang diumumkan bagi benua Amerika ia akan dijual pada harga sekitar USD 449.99 bagi US dan CAD 549.99 bagi Canada.

Jika harga yang dijual di US ditukarkan kepada ringgit Malaysia, pakej edisi terhad Playstation 4 Pro Destiny 2 ini akan berharga sekitar RM 1932.73 tidak termasuk cukai dan beberapa caj tambahan yang lain.

Boleh tahan juga harganya, tetapi biasalah nama pun edisi terhad 🙂

Adakah anda salah seorang yang akan memiliki pakej edisi terhad ini? Kongsikan bersama kami.

Sumber: Polygon

Ada apa-apa maklumat yang kami terlepas? Kongsikan pendapat anda di Facebook Twitter ataupun Instagram kami.

LIKE dan SHARE Facebook Konsol.My jika anda menyukai info terkini tentang permainan video di Malaysia