Berita

PlayStation 4 Pro Monster Hunter: World Rathalos Akan Datang Ke Malaysia Berharga RM2,048

Diolah oleh hang92

Sony Interactive Entertainment telah mengumumkan bahawa mereka akan melancarkan suatu edisi istimewa terbaru PlayStation 4 Pro Monster Hunter: World Rathalos Edition yang boleh didapati pada bulan Januari 2018.

Selain itu, Sony juga berkata bahawa konsol istimewa ini mempunyai kapasiti simpanan sebanyak 1TB dan akan mempunyai jumlah yang terhad untuk diedarkan.

Jika dilihat pada bahagian utama konsol ini, gambar Rathalos dengan semburan api boleh dilihat dengan helas. Perkataan ‘Monster Hunter World’ juga disulami dengan warna emas jika anda perhatikan bahagian bawah bucu konsol tersebut.

The DS4 controller for PlayStation 4 Pro Monster Hunter: World Rathalos Edition.PlayStation 4 Pro Monster Hunter: World Rathalos Edition juga akan didatangkan dengan pengawal DualShock 4 istimewa bertemakan permainan ini. Pakej berkas ini juga datang dengan keahlian PS Plus selama 3 bulan dan 1 tahun jaminan. Dan sudah pasti, permainan ini juga turut disertakan permainan Monster Hunter juga.PS4 Pro Monster Hunter: World Rathalos Edition ini akan berharga RM 2,048dimana ianya RM 249 lebih daripada konsol PS4 Pro edisi standard. Walaupun tarikh sebenar tidak lagi diumumkan, namun kita menjangkakan bahawa berkas edisi Monster Hunter ini akan dilancarkan pada 26 Januari 2018.

sumber: lowyat.netAda apa-apa maklumat yang kami terlepas? Kongsikan pendapat anda di Facebook Twitter ataupun Instagram kami.

LIKE dan SHARE Facebook Konsol.My jika anda menyukai info terkini tentang permainan video di Malaysia.