Berita

PlayStation 4 Slim 1TB Gran Turismo Sport Telah Sedia Untuk Dipasarkan 18 Oktober Ini

Diolah oleh hang92

Perhatian kepada semua peminat permainan perlumbaan kereta Gran Turismo! Sony baru sahaja mengumumkan konsol PS4 edisi istimewa yang mungkin akan menarik minat anda. Konsol istimewa ini didatangkan dengan pakej berkas, bundle Limited Edition Gran Turismo Sport PS4 Slim yang akan dilancarkan pada 18 Oktober  ini pada Eropah, Australia dan Asia.

Pereka dan pelopor Gran Turismo, dan juga merangkap presiden Polyphony Digital, Kazunori Yamauchi, telah megumumkan perkara ini pada laman web PlayStation EU Blog.

Konsol PS4 edisi istimewa ini akan dilancarkan pada 18 Oktober ini sekaligus dengan pelancaran permainan Gran Turismo Sport.

Isitmewanya konsol ini terletak pada hiasan perak pada badan konsol tersebut dengan disulami dengan logo eksklusif Gran Turismo Sport.

Selain itu, pengawal yang didatangkan dengan berkas ini juga mempunyai logo eksklusif Gran Turismo Sport pada pad sesentuh.

Akhir sekali, permainan ini juga disertakan edisi Day 1 yang akan menawarkan kredit sebanyak $250,000, pek pelekat kereta, 60 avatar PS4 and juga helmet berwarna krom.

sumber: thisgengaming, wccftech

Ada apa-apa maklumat yang kami terlepas? Kongsikan pendapat anda di Facebook Twitter ataupun Instagram kami.

LIKE dan SHARE Facebook Konsol.My jika anda menyukai info terkini tentang permainan video di Malaysia.