Berita

Playstation Akan Mengadakan Acara PlayStation Experience 2017 Di KL Live Pada 5 Ogos Ini

PlayStation Experience 2017
Diolah oleh hang92

Sony Interactive Entertainment Hong Kong Limited Singapore Branch (SIES) telah mengumumkan akan mengadakan pameran PlayStation Experience 2017 Asia Tenggara di Kuala Lumpur pada 5 Ogos ini.

Pameran seumpama ini akan menjadikan ianya kali pertama pihak PlayStation menganjutkan acara ini di Asia Tenggara. Acara ini akan mengambil model sempena PlayStation Experience, yang diadakan setiap tahun di Amerika Syarikat. PlayStation Experience di Amerika Syarikat bermula sejak tahun 2014 di Las Vegas, dan sejak itu acara ini sering dinantikan oleh peminat PlayStation di seluruh dunia.

PlayStation Experience 2017 Asia Tenggara ini akan membawakan anda demo pelbagai permainan terbaru PlayStation 4 dan PlayStation VR yang telah diumumkan pada Electronic Entertainment Expo, E3 kepada peminat dan pengamal media di Asia Tenggara ini. Antara tajuk permainan yang pasti akan menemui anda di acara ini adalah seperti Detroit: Become Human Everybody’s Golf Far Cry 5 Gran Turismo SportKnack 2, dan No Heroes Allowed! VR. Tajuk permainan lain akan diumumkan pada hari acara tersebut berlangsung.

PlayStation Experience 2017 Asia Tenggara ini juga akan mengadakan Acara Pentas Permainan, Game Stage Events yang menyaksikan beberapa pembikin permainan atau wakil syarikat menerangkan tentang permainan mereka, berkongsi tentang tajuk permainan akan datang, dan juga akan memberi banyak hadiah serta pelbagai aktiviti lain.

PlayStation Experience 2017 Asia Tenggara akan diadakan pada 10AM hingga 10PM di KL Live di Kuala Lumpur. Untuk mengetahui dengan lebih lanjut mengenai acara ini anda boleh semak pada laman web Playstation Asia,  https://playstn.asia/PSXSEA.

Tarikh: 5 Ogos 2017 (acara sehari)

Masa: 10am – 10pm

Tempat: KL Live, Life Centre, 20, Jalan Sultan Ismail, Kuala Lumpur, 50450 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur

Masuk adalah PERCUMA!

sumber: Playstation Asia

Ada apa-apa maklumat yang kami terlepas? Kongsikan pendapat anda di Facebook Twitter ataupun Instagram kami.

LIKE dan SHARE Facebook Konsol.My jika anda menyukai info terkini tentang permainan video di Malaysia.