Berita

PlayStation F.C: Pengawal Baru Dualshock 4 Edisi Terhad Diumumkan

PlayStation-FC-DS4
Carlos Afifi
Diolah oleh Carlos Afifi

Sony Interactive Entertainment  telah mengumumkan pengawal tanpa wayar DualShock 4 edisi terhad baru yang diberi nama PlayStation F.C.

Sony mengumumkan bahawa ia menawarkan anda peluang untuk menyertai “kelab terbesar di dunia” dan “menjaringkan gol dengan bergaya” dengan pengawal PlayStation F.C.  ini. Pengawal ini akan mulai berada di pasaran pada 29 September, hari yang sama FIFA 18 dilancarkan secara global.

Berikut adalah beberapa perkara mengenai pengawal Limited Edition PlayStation F.C. DualShock 4 ini:

  • Ia berwarna biru
  • Ia mempunyai kawasan penalti pada pad sesentuh.
  • Ia mempunyai tulisan “PlayStation FC” pada pemegang di sebelah kanan.
  • Ia mempunyai lakaran taktikal yang tidak pada pemegang di sebelah kiri.

Anda boleh melihat beberapa gambar pengawal Limited Edition PlayStation F.C. DualShock 4 di bawah:

Sony akan megeluarkan pengawal ini pada 29 September, tepat pada waktunya untuk meraikan permulaan musim bola sepak di PS4 dengan FIFA 18 akan keluar pada hari yang sama.

Sumber: DualShockers

 Anda juga mungkin berminat untuk membaca artikel lain yang berkaitan:

All Controller: Sebuah Pengawal Universal Untuk Semua Platform

Pengawal PS4 God of War Ini Sangat Mengagumkan

Sembang Konsol: Kenali Pengawal PS4 Nacon Revolution

7 Pengawal PS4 terbaik untuk anda cuba

Ada apa-apa maklumat yang kami terlepas? Kongsikan pendapat anda di Facebook Twitter ataupun Instagram kami.

LIKE dan SHARE Facebook Konsol.My jika anda menyukai info terkini tentang permainan video di Malaysia.