Berita

PlayStation Kini Menawarkan Kad Kredit Di Amerika Syarikat

PlayStation-Credit-Card-Visa
Carlos Afifi
Diolah oleh Carlos Afifi

Sony kini telah bekerjasama dengan Capital One untuk menyediakan kad kredit Visa berjenama PlayStation di Amerika Syarikat, yang menawarkan mata ganjaran Sony dengan setiap pembelian.

Ditawarkan “dengan ganjaran yang direka khusus untuk pemain permainan video seperti anda.” Kad kredit ini akan menawarkan lima kali mata ganjaran apabila kad kredit ini digunakan di dalam PlayStation Store atau ketika membeli produk PlayStation dan Sony dengan penjual terpilih di luar talian . Tiga kali mata ganjaran pula akan ditawarkan apabila kad kredit digunakan untuk membayar bil telefon bimbit.

Pemegang kad kredit akan memperoleh kira-kira USD 1 (~RM 4.20) di Sony Rewards dengan setiap 100 mata ganjaran yang diperolehi.

Selain itu, ahli PlayStation Plus akan menerima potongan 50% daripada caj langganan tahunan mereka selepas membelanjakan lebih daripada USD 3,000 (~RM 12700)  di PlayStation Store sepanjang tahun itu.

Terdapat juga potongan 10% semasa membuat pembelian di dalam PlayStation Vue, PlayStation Music dan PlayStation Now.

Bagi anda pemain permainan video di Malaysia. Adakah anda juga inginkan kad kredit PlayStation di Malaysia? Sudah tentu ia menambah keserononokan kita apabila membeli belah di PlayStation Store sambil menikmati mata ganrajaran yang ditawarkan.

Sumber: stevivor

Ada apa-apa maklumat yang kami terlepas? Kongsikan pendapat anda di Facebook Twitter ataupun Instagram kami.

LIKE dan SHARE Facebook Konsol.My jika anda menyukai info terkini tentang permainan video di Malaysia.