Berita

Playstation Network Akan Mengalami Gangguan Pada Pukul 10 Hingga 10.30 Pagi Hari Ini

Diolah oleh Konsol

Pihak Sony telah menugumumkan bahawa mereka akan menjalankan proses penyelenggaran pada sistem Playstation Network pada hari ini bermula dari pukul 10 pagi hingga pukul 10.30 pagi.

Bagi sesiapa yang bermain permainan video pada konsol Playstation 3 dan Playstation 4 secara atas talian, anda bakal mengalami gangguan dan tidak dapat memainkan sebarang permainan diatas talian ketika proses penyelenggaran ini dijalankan.

Selain daripada itu, anda juga tidak boleh memuat turun dan memuat naik sebarang permainan mahupun kandungan dan tidak boleh mengakses Playstation Network Store.

Jadi kami sarankan, jika anda mempunyai sebarang perancangan untuk mengunakan akses Playstation Network pada pagi ini, anda perlulah melakukannya sebelum proses selenggaran dijalankan atau menggunkannya selepas proses selenggaraan tamat pada pukul 10.30 pagi ini.

Sekali sekala kalau kita merancang jadual kita baik jugakan, bak kata perpatah “Gagal merancang merancang untuk gagal“.

Ada apa-apa maklumat yang kami terlepas? Kongsikan pendapat anda di Facebook Twitter ataupun Instagram kami.

LIKE dan SHARE Facebook Konsol.My jika anda menyukai info terkini tentang permainan video di Malaysia.