Berita

Playstation Plus: Percuma Permainan StarWars Battlefront dengan langganan 12 Bulan

Diolah oleh Konsol

Kepada pelanggan baru PlayStation Plus yang membeli langganan 12 bulan, mereka akan menerima Star Wars: Battlefront secara percuma.

Perkara ini telah diumumkan oleh pihak Sony baru-baru ini. Apabila berita ini diumumkan, kebanyakan pemain permainan video menganggap pihak Sony memang tersangat bermurah hati.

Tapi nanti dulu, permainan percuma ini sebenarnya diberikan dengan mempunyai beberapa syarat dari pihak Sony.

Pihak Sony berkata:

Terdapat “nombor terhad” atau kod, dihantar melalui e-mel dalam tempoh 10 hari dari tarikh pembelian, kepada pelanggan. Promosi ini juga tertakluk kepada “siapa cepat, dia dapat”.

Bagi yang belum tahu, PlayStation Plus menawarkan pelbagai manfaat seperti:

  • Permainan bulanan: Muat turun 24 permainan yang terpilih, selama langganan masih aktif tanpa sebarang kos tambahan.
  • Diskaun eksklusif: Dapatkan tawaran istimewa di PlayStation Store apabila ingin membeli permainan.
  • Storan Atas Talian: Menerima 10GB storan awan untuk permainan PS4 anda.
  • Akses eksklusif: Anda boleh mencuba demo terpilih dan ujian Beta rasmi sebelum orang lain.

Jadi, adakah anda antara orang pertama yang akan melanggan 12 bulan playstation plus selepas pengumuman ini?

Kongsikan bersama kami 🙂

Sumber: Stevivor

Ada apa-apa maklumat yang kami terlepas? Kongsikan pendapat anda di Facebook , Twitter ataupun Instagram kami.

LIKE dan SHARE Facebook Konsol.My jika anda menyukai info terkini tentang permainan video di Malaysia.