Berita

Playstation UK Akan Menjadi Sebahagian Penaja Untuk Perarakan LGBT

Diolah oleh hang92

Playstation UK telah mengumumkan untuk menjadi penaja bagi suatu perarakan tahunan untuk golongan LGBT yang akan berlangsung di London yang dinamakan London Pride 2017.

Perarakan ini akan berlangsung dari 24 Jun sehingga 9 Julai. Perarakan ini telah menarik jutaan pengunjung setiap tahun khususnya kepada golongan LGBT di seluruh dunia.

Tidak menjadi jelas apa sebenarnya kaitan Sony dengan perarakan ini tetapi ada terdengar ura-ura bahawa Sony akan membekalkan beberapa konsol Playstation semasa di dalam perarakan kelak.

Untuk pengetahuan anda, beberapa nama penaja besar lain adalah termasuk Tesco, Barclays dan ramai lagi.

Nampaknya Sony akan berbuat apa sahaja untuk mempromosikan barangannya pada masyarakat walaupun perarakan seperti ini. Terdapat begitu banyak perhimpunan telah diadakan di Malaysia, mengapa Sony tidak mengambil peluang untuk menaja perhimpunan di sini?

sumber : twitter

Ada apa-apa maklumat yang kami terlepas? Kongsikan pendapat anda di Facebook , Twitter ataupun Instagram kami.

LIKE dan SHARE Facebook Konsol.My jika anda menyukai info terkini tentang permainan video di Malaysia

Anda juga mungkin meminati video lain seperti seperti:

Call of Duty WW2 : Mod Multiplayer Akan Mempunyai Karakter Askar Wanita

10 WATAK TERBAIK YANG TERDAPAT DI PERMAINAN RESIDENT EVIL

[Ura-Ura] PlayStation Switch : Konsol Prototaip Yang Mampu Menggugat Nintendo Switch